Kumpulan Reformasi Kecil

Komentar 12/12/1998 1.04am

 

Maka terbantut perayaan kami dalam melihat kejayaan Perak memenangi Piala Malaysia. Terbantut perayaan ini kerana teringat ingat dan tergambar muka Zahid Hamidi dalam menagih sokongan rakyat supaya meneruskan sokongan terhadap UMNO. Meneruskan sokongan terhadap UMNO? Terfikir sejenak samada ada ke tidak Zahid meminta atau menagih sokongan dari rakyat untuk meneruskan sokongan kepada Dr Mahathir. Kalau ada maka ini adalah diluar dugaan kami. Tetapi kami tidak mahu menuduh membuta tuli kerana transkrip asal ucapan beliau belum didengar secara keseluruhan. Apa pun kami berharap Zahid tidak secara terbuka menyokong Mahathir dan sekira beliau menyokong sila buat kenyataan secara terbuka boleh kami dan rakan seperjuangan kami tentang beliau habis habisan.

 

Kami juga terpanggil melihat komen TV3 dalam memberi pendapat dan komen kenapa ADIL tidak didaftarkan sebagai parti politik. Komen TV3 memang sedia maklum berat sebelah dan sesuatu seharusnya diambil oleh kita sebagaimana kita telah memboikot Utusan Malaysia.

 

Walau apa pun jelas ketakutan terbayang pada para pemimpin UMNO dalam penubuhan ADIL.ADIL seperti yang telah diperkatakan oleh Dr Wan Azizah dan penilaian oleh Komentar adalah sebagai platform yang tidak terbatas kepada sesuatu perikatan dan konsep. Ia adalah sebagai "border less society" yang mengabung semua rakyat dalam mempertengahkan kehendak dan suara secara kolektif dan ia berasaskan rakyat dan bukan segelintir pemimpin. Dalam keghairahan UMNO menanti satu parti politik yang bakal ditubuhkan secara terkejut mereka digemparkan dengan penubuhan ADIL.Mereka gerun kerana mereka berharap supaya satu parti politik ditubuhkan dan dengan tertubuhnya parti tersebut maka UMNO secara jelas akan dapat melihat lawan dan akan mengunakan segala kuasa yang diberi dan diciptanya untuk memusnahkan parti tersebut. Sangkaan mereka melesat kerana yang ditubuhkan adalah gerakan yang mengabungkan semua rayat tidak kira apa fahaman politik,kebudayaan dan agama sama sama bertindak sebagai "watchdog" dan secara kolektif akan menentang kepincangan yang sedia ada dalam UMNO. Ini mendapat tentangan menyeluruh dari pemimpin dan menteri menteri dinegara yang telah hilang kedaulatan undang undang nya hasil perbuatan terkutuk Dr Mahathir.

 

Kita telah mendengar kenyataan Dr Wan Azizah bahawa ADIL tidak teragak agak memajukan diri mereka untuk bertemu dengan Barisan Nasional dalam pilihanraya. Ia tidak mustahil berlaku, dan sekiranya ia berlaku jentera ADIL sudah cukup kuat untuk bersatu dengan semua parti bagi menentang kepincangan Dr Mahathir dan kroni nya serta pengampu nya di pilihanraya anti. Jelas mereka takut sekira kosep adil ini diterima oleh semua golongan dan lapisan rakyat maka idealogi idealogi bersama ini akan menjadi senjata bagi ADIL untuk menolak mereka. Ia tidak mustahil berlaku dan sekiranya berlaku kami percaya ia tidak akan hilang atau berlalu pergi tanpa kejayaan.

 

Walau apa pun sokongan harus diberi kepada ADIL dan sokongan ini akan melemahkan Dr Mahathir serta pengampu pengampu mereka. Kalau dilihat maka hampir semua menteri selaku pengampu beliau akan tewas dipiliharaya akan datang. Walau bagaimana pun tanpa usaha kita dan komitment kita ia tidak akan menjadi kenyataan. Ini adalah kerana mereka akan melaksanakan beberapa teknik teknik yang maha hebat dan zalim bagi melumpuhkan kita. Ini pasti mereka lakukan dan bagaimana harus kita berhadapan dengan unfair advantage mereka?

 

Caranya satu - SERTAINYA ADIL. Kuatkan usrah kita dengan kumpulan kumpulan kecil supaya kita lebih kenal mengenali. Fokuskan kepada menuntut keadilan dan menentang kezaliman. Fokus kepada menjatuhkan pemimpin yang buta dan menyokong kezaliman Dr Mahathir ditempat kita. Tubuh satu kumpulan kecil dan kumpulan ini akan menubuhkan kumpulan kumpulan antara mereka. Hantarkan deklarasi penubuhan kumpulan kecil ini pada Dr Wan Azizah untuk memudahkan beliau menubuh cawangan cawangan ADIL disetiap pelusuk dinegeri ini.

 

Ini kami yakin akan dapat melemahkan dan memberi kesedaran kepada pemimpin kawasan itu bahawa satu bentuk reformasi rakyat akan diadakan dan beliau seharusnya sedar bahawa hayat kepimpinan beliau sedah hampir sampai.

 

Kita laksanakan ini untuk kawasan kita kerana reformasi kawasan kita menentukan kejayaan semua secara kolektif. Seperti yang selalu kami gesa kita mulakan sekarang. Tidak ada esok atau lusa. Ianya sekarang biarpun ADIL belum didaftarkan tetapi kita hendaklah bersedia untuk mendokongnya secara kolektif.

 

Kita tidak boleh berdalih lagi. Seminit kita lewat seekar tanah dikurniakan dan sepusingan kita ditewaskan. Kami percaya mereka akan melengah lengah pendaftaran ADIL kerana mereka mahu waktu yang lebih untuk memulakan kempen mereka. Kita perlu ingat bukan semua antara kita yang sanggup berkorban harta benda untuk perjuangan. Manusia semua berbeza dari segi pemikiran dan mudah terlupa dan dikaburi mata. Untuk menghalang ini berlaku ketebalan semangat juang harus dipupuk dan ketebalan ini akan menjanjikan kejayaan. Masa untuk memupuk diperlukan. Ia tidak akan bermakna sekiranya 1seminggu lagi pilihanraya baru kita sibok memulakan usaha untuk memupuk. Kita perlu mulakan sekarang.

 

Kumpulan Reformasi kecil kami dari hari kehari telah memulakan perjumpaan kecil kecilan. Ini adalah untuk menerangkan keadaan sebenar bagi mereka faham bahawa Dr Mahathir bukanlah pemimpin bagi kita tetapi sebenarnya tergolong dari mereka yang menentingkan diri dan kroni mereka. Dr Mahathir adalah sebenarnya musuh keadilan No 1 dan segala hormat kami luntur dengan perbuatan keji nya yang lebih buruk dari membunuh.

 

Sekali lagi kami gesa para reformasi yang meletakkan Sdr Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan kini Dr Wan Azizah sebagai penyabung teraju untuk mula bertindak dan menubuhan rakan kecil mereka dengan segera.

 

Mulakan sekarang supaya Dr Mahathir dapat disingkirkan segera. Kita perlu melaksanakan dengan segera dan kejayaan kita pasti akan kelihatan dengan izin Allah.

 

KITA TENTANG KEZALIMAN DAN KITA TENTANG MEREKA YANG MENCABULI HAK ASASI KITA DAN SISTEM PERUNDANGAN KITA.

 

Sekian

Reformasi Kecil untuk Komentar