SALAM TAHUN BARU

SALAM REFORMASI

Komentar 31/12/98

Saat akhir bagi tahun 1998. SELAMAT TAHUN BARU SDR ANWAR IBRAHIM DAN RAKAN REFORMASI. Semoga tahun 1999 ini usaha kita dapat dipertingkatkan lagi.Semoga tahun baru ini adalah tahun murung bagi Dr Mahathir dan kroninya kerana beliau pasti tersingkir dari memegang teraju kezaliman ini. Semoga ADIL pasti dapat menjayakan hasrat kita para reformasi. Insyallah.

Namun dalam kita mendoakan kejayaan kita pada tahun 1999 ini, usaha kita seharusnya dipertingkatkan lagi, semangat kita tidak patut pudar dan luntur dengan tohmahan tohmahan yang dibuat dan bukti bukti palsu yang dibawa kemahkamah. Pembohongan mereka mesti berterusan. Mereka mesti terus membohong untuk menutup pembohongan awal mereka. Fitnah demi fitnah dibuat, penipuan demi penipuan dibuat namun kita mesti menolak dan tidak harus tunduk pada penipuan. Kita tidak harus akur pada kezaliman dan kita harus tegakkan keadilan. Kalau Dr Mahathir dalam ucapannya sering menekankan bahawa majority rakyat masih berpegang teguh pada nya, biarkan, biarkan dia berangan angan sedangkan nyata bahawa beliau tidak diterima lagi. Beliau diminta turun atau disingkirkan dengan kuasa yang ada pada kita ...kuasa rakyat.

Beliau menghina kita berdemonstrasi dan mengatakan kita semua dikelabui oleh Amerika. Dia salah. Dia salah kerana demonstrasi ini adalah untuk menunjukkan kepada beliau bahawa beliau tidak diinginkan lagi. Kepercayaan kita kepada beliau sudah pudar dan kita benci pada manipulasi keadilan oleh beliau dan kroni beliau. Undur...Undur .....sebelum kami memaksa kamu berundur. Kami mampu dan kami akan buktikan.

Kami akan tunjukkan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa mutlak dalam pertadbiran negara ini. Kuasa yang ada pada kamu adalah hasil pemberian rakyat dan boleh ditarik balik. Kami percaya dan kami sedar bahawa kemakmuran yang ada pada negara ini adalah hasil kami bukan kerajaan semata mata. Kami sedar kekayaan negara ini habis ketangan kroni kamu. Lihat Daim dan kroni nya. Halim Saad sudah lah sombong mengemis pulak dengan rakyat secara paksa. Saya pernah berkhidmat dahulu dibawah kesombongan Halim Saad. Manusia yang naik hasil kroni dan berlagak sombong pula. Mereka bukan berniaga. Mereka adalah manipulator. Mereka sama dengan Soros. Mereka manipulator yang tidak tahu erti belas kesian. Tidak payah Mahathir ambil contoh jauh jauh. Lihat saja lah didepan mata sendiri atau lebih baik lagi lihat pada diri sendiri.

Sdr Reformasi,

Tilam adalah manipulasi mereka, pemeriksaan DNA adalah manipulasi mereka dan konspirasi ini adalah benar dan bukan tuduhan membela diri Anwar Ibrahim. Mereka menang mahukan Sdr Anwar Ibrahim jatuh dan dihina sedemikian untuk membunuh peri diri beliau. Satu usaha yang hina dan perlu dicaci dengan sehebat hebatnya.

Kita telah lihat dari awal lagi tindakan mereka yang tidak ikhlas dan tidak jujur. Kita lihat dari awal lagi bahawa tindakan Mahathir adalah berasaskan kemarahan dan bukan timbang cara yang bersesuaian. Kita lihat dari awal lagi tindakan Mahathir adalah demi menjaga kroni beliau dan bukan salah laku moral TPM.

Tindakan beliau menyingkir Anwar dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan telah dirancang dengan rapi lagi. Tetapi dengan kemarahan, beliau bertindak melulu dan menyingkirkan beliau terlebih dahulu tanpa memberi beliau peluang membela diri dimahkamah.

Tidak perlu kami cerita lagi affidavit Musa yang lebih mirip kepada cerita rekaan dan tidak relevan pada kes peluru Datuk Nalla. Kita tidak pernah dengar kes Tamby Chik dan affidavit beliau. Kita tidak pernah dengar kes pembunuhan wanita yang dikaitkan dengan Megat Junid. Kita tidak diberi peluang mengkaji kes kes tersebut kerana semua disembunyikan. Dan kalau ini dikatakan satu tohmahan bukalah kes itu semua , lapurkan pada Polis dan sama sama kita bincangkan secara telus dan terbuka.

Dari awal kes Sdr Anwar Ibrahim ini sudah nampak ketidak ikhlasan mereka dalam perkara ini. Dari awal lagi ianya adalah satu konspirasi politik. Masakan kajian DNA tersebut mereka tidak boleh tipu. Kalau tuduhan Sdr Anwar Ibrahim meliwat Sukma dan Munawar mereka boleh buat inikan pula DNA yang rata rata mempunyai implikasi teknikal yang tinggi. Mereka telah membuat tuduhan , mereka telah menggunakan polis, mereka telah mencabul sistem perundangan, mereka telah menolak membuang Sdr Anwar tanpa bukti sah, masakan mereka tidak boleh mengadakan pakar kimia untuk menguatkan tuduhan.

Sdr semua,

Konspirasi ini datang dari tahap yang paling tinggi dalam kerajaan dan konspirasi ini diadakan oleh mereka yang punya kuasa. Masakan kita mahu mempercayai mereka lagi. Adakah mereka sebenar benar jujur dalam menangani kes ini?. Mereka dalam usaha ini menangkap ramai rakyat yang tidak berdosa. Mereka menangkap mereka yang mempunyai pertalian dengan Anwar. Mereka menangkap Sukma, Munawar, Zahid , Roslan danramai lagi yang rata rata mahukan keadilan. Kenapa penangkapan ini perlu. Untuk menyoal atau untuk mengugut? Nescaya mereka mengugut dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka menggunakan FRU untuk membelasah demonstrasi aman. Kita ada video dan menunjukkan kekasaran FRU, SB dan Polis keatas wanita dan pelajar. Kenapa mereka diam, mengapa mereka menidakkan perkara yang terakam sebagai satu kekasaran.

Banyak lagi yang didiamkan oleh mereka. Kenapa sampai sekarang lapuran Anwar Ibrahim disiksa tidak keluar. Lapuran DNA boleh dikeluarkan dengan agak cepat kenapa lapuran penderaan keatasnya tidak. Mereka samada sedang mencari jalan supaya lapuran itu tidak dikeluarkan atau sedang menunggu persetujuan dari sesiapa yang sanggup jadi Pak turut untuk diberi wang dan ganjaran untuk mengaku? Kami percaya pasti ada sesaorang yang berpangkat rendah akan mengaku memukul Sdr Anwar Ibrahim. Kami percaya upah akan diberi oleh mereka.

Saudara,

Tahun baru telah sampai. Dr Mahathir sedang giat mengalihkan pandangan masyarakat terhadap ekonomi dan usaha murni kerajaan untuk mempertingkatkan lagi ekonomi untuk menyelamatkan kroni kroni mereka. Dana harta sibuk membeli NPL atau Non Performing Loan golongan kroni mereka. Sambil itu mereka mengarah MBF FINANCE untuk sibuk membuat promosi bersama mu Malaysia dan mengibarkan bendera Malaysia.

Jesteru itu projek projek tidak kira besar dan kecil diangkut oleh rakan rakan mereka. Untuk kita, disuruh berbelanja bagi mengiatkan ekonomi dan memulihkan keadaan ini untuk memudahkan Tun Daim , Halim Saad, anak Lee Leong Sik, anak Mahathir dan kuncu kuncunya bertindak semula memulihkan dan meningkatkan harta harta mereka. Apakah ini satu kejayaan kita atau kejayaan mereka memperalatkan kita.

Saudara ,

Anwar Ibrahim membuka satu lembaran baru dan banyak membuka mata kita tentang kepincangan yang ada selama ini. Hasil dari perjuangan beliau dalam parti UMNO beliau difitnah dan dikeji sedemikian rupa. Kami percaya kalau Anwar Ibrahim mengikuti mereka sudah tentu beliau dapat menjawat jawatan PM. Akibat ketakutan mereka maka satu konspirasi besar diadakan. Bermula dengan lelaki yang gila artis MEGAT JUNID, TUN DAIM manusia yang hanya fikir duitnya dan Mahathir yang ingin mengumpul harta untuk anak anak dan rakan nya.

Ini diikuti dengan membabi buta oleh Datuk Najib , Abdullah Badawi dan yang lain lain. Kami yakin mereka mereka ini akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka mengiakan Dr Mahathir.

Saudara,

Tahun baru ini kita tingkatkan usaha membantah mereka dengan lebih hebat lagi. Kita bentuk usrah kecil dan kita sebarkan maklumat sebenarnya. Kita tolak Utusan Malaysia yang mengeluarkan cerita palsu. Kita tolak TV3 yang lebih teruk dari RTM. Kita bantah dengan aman dan kita gesa Anwar Ibrahim dibebaskan kerana tuduhan keatas beliau bukan sahaja tidak berasas malah tidak mempunyai bukti kukuh langsung. Mulai dari 1hb Januari 1999 kita tentukan Mahathir meletak jawatan. Kita tentukan supaya kroni kroni tahu bahawa mereka selama ini lupa bahawa dunia ini berputar. Kita tentukan mereka kalah dan menggesa pilihanraya diadakan segara.

Saudara,

Kita laungkan REFORMASI

Salam