From: Eliza Email Protected  
To: hh_98@hotmail.com
Subject: ORANG MELAYU / ORANG ISLAM
Date: Thu, 04 Mar 1999 20:38:39 +0800
 
Assalamu'alaikum wa rahmatullah,

Apakah yang sedang berlaku? Orang Melayu bertelagah sesama sendiri.
Orang Islam saling kutuk-mengutuk! Orang yang beriman sepatutnya
sama-sama saling mengingatkan di samping mendidik saudaranya ke jalan
yang diredhai Allah. Bukannya berusaha "by hook or by crook" menegakkan
kesalahan dan menghebohkan ke seluruh dunia bahawa "mereka" salah,
"kami" benar. Islam tidak mahu sesaudara Islam menghebohkan keburukan
dan kesalahan saudara-saudaranya yang lain. Perkara/masalah besar
sepatutnya dikecilkan sementara masalah kecil dilenyapkan. Biar orang
lain (bukan Islam atau Melayu) melihat kita sebagai golongan yang baik,
tiada masalah, aman untuk mereka contohi dan mereka jadikan golongan
rujukan. Biar lembut hati mereka untuk menyertai amalan dan kepercayaan
kita. Fikirlah, walaupun sejenak, adalah kita semua bersih dan betul
sentiasa. Siapakah atau apakah yang kita patut pertahankan? Pemimpinkah
atau agama dan bangsa kitakah?
Wassalam.