Make your own free website on Tripod.com

LAPURAN SEPANJANG LIMA HARI PERBICARAAN SDR ANWAR.

Perbicaraan masuk hari yang kelima dan sidang mahkamah bagi minggu ini telah berakhir. Setakat ini cuma 1 sahaja saksi yang telah dikemukakan. Saksi tersebut adalah Pengarah Cawangan Khas Polis Mohamed Said Awang yang akan bersara pada 17hb November 1998. Sepanjang perjalanan kes tersebut sedikit demi sedikit kita dapat mengenali Unit Cawangan Khas Polis dan bagaimana mereka menjalankan kewajiban terhadap negara kita ini. Komentar percaya bagi yang sedang dan telah mengikuti perkembangan kes ini akan tertanya tanya kredibiliti saksi pertama tersebut. Sehingga ke penutupan sidang mahkamah tadi, terdapat banyak keraguan yang perlu di kaji dan diteliti sebelum andaian andaian dibuat.

KES BERPUNCA DARI SURAT UMMI HALFIDA DAN AZIZAN

Surat yang tidak mempunyai bukti bukti kukuh merupakan punca utama Anwar disiasat dan menurut Mohamed Said satu operasi "Solid Grip" telah dilancarkan bagi menyiasat tuduhan tuduhan Ummi Halfida dan bekas pemandu Sdr Anwar Ibrahim, En Azizan. Kes yang sedang dibicarakan adalah kesalahan penggunaan kuasa oleh Bekas Timbalan Pedana Menteri tersebut. Beliau telah dituduh menggunakan kuasa untuk meminta Ummi Halfilda dan En Azizan mengeluarkan surat bagi menarik balik tuduhan salah laku seks. Saksi pertama pada asas nya mendakwa bahawa beliau telah diarah oleh Sdr Anwar untuk menahan dan menakutkan kedua dua En Azizan dan Ummi Halfida supaya mengeluarkan surat penarikan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada Bekas Timbalan Pedana Menteri. Beliau, Mohamed Said pada hari pertama perbicaraan telah memaklumkan bahwa beliau telah diarah untuk menakut nakutkan mereka berdua dengan harapan mereka akan mengeluarkan surat penarikkan terhadap tuduhan awal mereka. Mohamed Said pada asasnya nampak keliru dengan keterangan yang diberikan sepanjang 5 hari perbicaraan.

Mohamed Said lebih gugup pada perbicaraan bertarikh 5hb November 1998. Kegugupan beliau jugalah sedikit sebanyak membuka amalan polis khususnya Unit Khas Jabatan Polis.

Satu persoalan lain adalah dengan kenyataan Mohamed Said jelas bahawa Polis bertindak tanpa belas dan beliau sanggup menipu demi Ketua Atasan. Apakah ini salah satu konspirasi.

 

 

Mohamed Said dalam ulasan awal telah mengatakan bahawa beliau percaya bahawa semua tohmahan adalah rekaan semata mata dan tidak mempunyai asas asas kukuh. Dalam pendebatan hangat peguam Sdr Anwar Ibrahim dengan saksi utama tersebut saksi jelas cuba untuk meminimakan semua kenyataan tetapi hasilnya mungkin merugikan diri beliau sendiri.

Banyak persoalan yang akhirnya membuka kepada percanggahan dan sehingga hari kelima kebanyakkan peguam mendapati bahawa asas kes tuduhan terhadap Sdr Anwar Ibrahim tidak kukuh dan padu.

Antara yang dipersoalkan adalah :

1. Pengarah Unit Khas polis pada dasarnya telah membuat lapuran kepada DR Mahathir bahawa tuduhan penulis penulis adalah bagi memburukkan Sdr Anwar Ibrahim dan kemungkinan terdapat mereka yang mempunyai agenda agenda tertentu dalam usaha menjatuhkan beliau.

2. EXHIBIT ID(D) 25 yang ditandatangani pada 20 August 1997 telah di kemukakan kehadapan mahkamah yang menunjukkan bahawa beliau mendapati bahawa tidak ada asas tuduhan keatas Anwar Ibrahim.

3. Sungguhpun asas tersebut tidak ada beliau sendiri mengaku Operasi Solid Grip dilancarkan .

Banyak perkara yang bercanggah dari segi pengakuan beliau semasa disoal jawab oleh Peguambela Sdr Anwar Ibrahim.

Yang pasti Pengarah Unit Khas Polis Malaysia setelah menjalankan siasatan mengakui bahawa tidak ada kesahihan tuduhan terhadap Sdr Anwar. Beliau kemudian antara ya dengan tidak mengatakan bahawa satu bentuk konspirasi wujud.

KALAU BENAR LAPURAN BELIAU APAKAH SUSULAN TINDAKAN BELIAU KEATAS KONSPIRASI YANG INGIN MENJATUHKAN SDR ANWAR TERSEBUT?

Dalam pengakuan lain Mohamed Said juga mengaku bahawa beliau sanggup menipu sekiranya di suruh berbuat demikian oleh pihak atasan khususnya Dr Mahathir. Ini bukan lagi dikategorikan sebagai saksi yang jujur dan kredibiliti beliau tidak melayakkan belaiu sebagai saksi yang berkaliber dan adil. Mungkin beliau juga ada agenda tersendiri.

Beliau secara sedar atau pun tidak turut memburukkan dan membenarkan andaian bahawa Polis khususnya Unit Khas bertindak kasar dan zalim dalam mendapatkan atau menjayakan Operasi Turning Over dan Neautilising mereka. Tidak Hairanlah kenapa para demonstrasi Sdr Anwar Ibrahim dipukul dan didera.

Akuan sanggup menipu dan akuan Operasi Solid Grip terbukti bertujuaan hanya untuk menjatuhkan Sdr Anwar Ibrahim. Mohamed seolah olah juga memburukkan dan membuka pekong didada. Kenyataan beliau turut memalukan Bekas Ketua Polis negara merujuk kenyataan beliau dalam STAR bahawa Salah laku seks Anwar bermula dari tahun 1992.

Jelas saksi pertama gagal membuka kes terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Jelas kehadiran satu bentuk konspirasi yang wujud dalam kes tersebut. Apa pun kegagalan saksi utama menunjukkan bahawa Penyiasatan Sdr Anwar bermula sejak Tahun 1992 dan pada 1998 beliau ditangkap dan dibicarakan. Selama 6 tahun mereka cuba mencari kesalahan Sdr Anwar dan selama 5 hari saksi pertama hampir tumbang.

Dan setelah enam tahun mereka merancang hanya inikan yang mampu dikeluarkan oleh Kerajaan Konspirasi tersebut?

Sama lah kita lihat lagi senario konpirasi ini. Selamat BERJUANG SDR ANWAR IBRAHIM

KEBENARAN ITU KUDRAT

KOMENTAR