LAPURAN POLIS KEATAS DATO YAACOB
                                                 DATO RAMLI
                                                 ABDUL AZIZ
                                                 ZULKIFLI MOHAMED
                                                 KOH HONG SUN
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 
 

15 Muharam 1420

1 Mei 1999
 
 

Daripada

ABD. MALEK BIN HUSSIN
 
 

Kepada

KETUA POLIS DAERAH

Dang Wangi

Kuala Lumpur
 
 

Tuan
 
 

ADUAN TERHADAP DATO' YAACOB BIN MD. AMIN, PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH, IBU PEJABAT POLIS, BUKIT AMAN, KUALA LUMPUR
 
 

Saya, Abd. Malek bin Hussin, kad pengenalan nombor (k/p) beralamat di (alamat) berumur 42 tahun, bekerja sendiri, berbangsa Melayu dan berugama Islam dengan ini mengemukakan repot polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:
 
 

Setelah saya meneliti keterangan-keterangan yang terkandung dalam Lapuran Suruhanjaya DiRaja Untuk Menyiasat Kecederaan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Semasa Dalam Tahanan Polis, saya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Dato' Yaacob bin Md. Amin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur disyaki telah melakukan kesalahan-kesalahan berikut:
 
 

  1. Disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 107, Kanun Keseksaan kerana perbuatan bersubahat dalam kejadian jenayah Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor mencederakan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada 20 September 1998 di lokap sel nombor 6, Bangunan Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur semasa Dato' Seri Anwar berada dalam tahanan polis, dan/atau;

  2.  

     

  3. Disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 176 dan Seksyen 202, Kanun Keseksaan kerana perbuatan gagal melapurkan atau membuat aduan polis berhubung kejadian jenayah Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor mencederakan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada 20 September 1998 di lokap sel nombor 6, Bangunan Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur semasa Dato' Seri Anwar berada dalam tahanan polis, dan/atau;

  4.  

     

  5. Disyaki melakukan kesalahan tatatertib kerana gagal menangkap Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor menurut Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah dalam kejadian jenayah Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor mencederakan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada 20 September 1998 di lokap sel nombor 6, Bangunan Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur semasa Dato' Seri Anwar berada dalam tahanan polis.

Saya difahamkan bahawa perbuatan-perbuatan yang dilakukan di atas oleh Dato' Yaacob bin Md. Amin yang bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur adalah disyaki suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
 
 

Oleh yang demikian, saya menggesa pihak tuan menyiasat segera aduan saya terhadap Dato' Yaacob bin Md. Amin yang saya syaki telah melakukan perbuatan jenayah berdasarkan kepada keterangan-keterangan dalam Lapuran Suruhanjaya DiRaja itu.
 
 

Inilah aduan saya. Terima kasih.
 
 
 
 

Yang benar
 
 
 
 
 
 
 
 

(ABD. MALEK BIN HUSSIN)