Make your own free website on Tripod.com

SABUAH KEMATIAN

 

Pagi 14hb April 1999, debaran dan tanda tanda soal masih bermain diminda kita. Kehadiran jawapan semakin hampir. Ribuan kita bagai menanti, menanti semada apa yang di ura urakan akan benar benar berlaku. Jawapan bagi penantian yang menghampiri 8 bulan ditunggu tunggu akan tiba walaupun ramai seakan telah tahu keputusan tersebut. Walau apa pun selagi kepastian belum diperolehi, wajah wajah mengharap jelas kelihatan. Harapan ribuan mereka semua adalah sama dan satu. Harapan agar kesakitan yang melanda sistem kita dapat di sembuhkan. Namum genggaman pada harapan ribuan rakyat Malaysia terlerai. Kesakitan yang melanda sistem kita selama 8 bulan telah sampai ke penghujung nya. Kesakitan itu berakhir dengan satu kematian.

Tanggal 14hb April 1999 negara ku ini menyaksikan SATU KEMATIAN. Satu pembunuhan telah sempurna dilaksanakan. Setelah didera, dinoda, diinjak, disepak dan dicabuli MAKA ianya dilengkapkan dengan satu kematian. Keputusan 14 April 1999 adalah kemuncak kepada satu hakikat. Hakikat yang menjelaskan bahawa KEADILAN TELAH MATI.KEADILAN di Malaysia telah dibunuh dengan zalim sekali. Kematian KEADILAN ini diseluruhkan lagi dengan KEHANCURAN KEBEBASAN, KEHILANGAN HAK dan KEMUSNAHAN DEMOKRASI dalam ertikata yang sebenarnya. Pembunuhan ini turut membunuh rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia sudah hilang erti kebebasan dan sudah hilang kemerdekaan. Maka KEADILAN kita telah terkorban. KEADILAN kita dikorbankan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka telah membunuh keadilan dengan zalimnya. Mereka harus disalahkan dan mereka harus dikorbankan demi membawa balik keadilan ke bumi Malaysia.

 

KOMENTAR