Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

15 Muharam 1420

1 Mei 1999

 

Daripada

ABD. MALEK BIN HUSSIN

 

Kepada

KETUA POLIS DAERAH

Dang Wangi

Kuala Lumpur

 

Tuan

 

ADUAN TERHADAP ACP KOH HONG SUN, KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR

 

Saya, Abd. Malek bin Hussin, kad pengenalan nombor (alamat) beralamat di (alamat), berumur 42 tahun, bekerja sendiri, berbangsa Melayu dan berugama Islam dengan ini mengemukakan repot polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:

 

Setelah saya meneliti keterangan-keterangan yang terkandung dalam Lapuran Suruhanjaya DiRaja Untuk Menyiasat Kecederaan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Semasa Dalam Tahanan Polis, saya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ACP Koh Hong Sun, Ketua Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur disyaki telah melakukan kesalahan-kesalahan berikut:

 

  1. Disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 176 dan Seksyen 202, Kanun Keseksaan kerana perbuatan gagal melapurkan atau membuat aduan polis berhubung kejadian jenayah Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor mencederakan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada 20 September 1998 di lokap sel nombor 6, Bangunan Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur semasa Dato' Seri Anwar berada dalam tahanan polis, dan/atau;
  2.  

  3. Disyaki melakukan kesalahan tatatertib kerana gagal menangkap Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor menurut Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah dalam kejadian jenayah Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor mencederakan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada 20 September 1998 di lokap sel nombor 6, Bangunan Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur semasa Dato' Seri Anwar berada dalam tahanan polis

 

Saya difahamkan bahawa perbuatan-perbuatan yang dilakukan di atas oleh ACP Koh Hong Sun yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur adalah disyaki suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

 

Oleh yang demikian, saya menggesa pihak tuan menyiasat segera aduan saya terhadap ACP Koh Hong Sun yang saya syaki telah melakukan perbuatan jenayah berdasarkan kepada keterangan-keterangan dalam Lapuran Suruhanjaya DiRaja itu.

 

Inilah aduan saya. Terima kasih.

 

 

Yang benar

 

 

 

 

(ABD. MALEK BIN HUSSIN)