Make your own free website on Tripod.com

 

PM: DHAKA / BE GRATEFUL FOR WHAT WE HAVE

STAR 2/3/99

Mahathir dilapurkan berkata bahawa kita seharusnya mengucapkan terima kasih dan bersyurkur atas apa yang telah diberi dan apa yang ada. Beliau menuduh bahawa dengan mengadakan demonstrasi dan menetang kerajaan akan hanya merosakkan ekonomi negara dan akan menyebabkan negara boleh dijajah semula of opportunis Barat. Ini menunjukkan bahawa masyarakat tidak bersyukur dan ini akan melemahkan ekonomi negara.

KOMENTAR

Rakyat selama ini telah menunjukkan sikap yang positif kepada pemerintah negara ini. Rakyat tidak menjalankan demonstrasi sebelum ini. Rakyat Malaysia tidak pernah menunjukkan sikap kurang ajar kepada pemimpin sehingga ada beberapa pemimpin lupa bahawa rakyat penentu bangsa dan negara. Pemimpin adakalanya lupa bahawa mandat yang diberi boleh ditarik balik.Pemimpin harus ingat bahawa sekiranya kehendak rakyat telah berubah maka mereka harus beredar dan jangan pula berpaut kepada kuasa yang telah diberi untuk terus berkuasa. Jangan pula mengunakan kuasa yang dipegang untuk memastikan kejayaan mereka.

Kami lihat bahawa penentangan rakyat adalah khusus kepada Dr Mahathir Mohamed. Rakyat hilang kepercayaan kepada beliau maka wajarlah beliau berhenti dari menerajui kepimpinan Malaysia.

Andai Dr Mahathir boleh membuang Sdr Anwar Ibrahim kerana tuduhan dan tohmahan, dan Mahathir berkata bahawa beliau percaya kepada tuduhan tersebut maka kami turut percaya kepada tuduhan (andainya ia hanya tuduhan) yang dilemparkan dalam internet dan oleh pihak pembangkang atas sikap kroni dan nepotisma Dr Mahathir.Jesteru itu Dr Mahathir turut patut dilucutkan.

Andai Mahathir boleh memburukkan Sdr Anwar maka salahkan kami memburukkan kamu. Setiap "action" pasti ada "reaction" dan perlakuan melucutkan jawatan Sdr Anwar dan memalukan beliau tanpa bukti sahih akan dibalas dengan "reaction" yang setimpal.

Negara akan bersatu kembali setidak tidaknya majoriti rakyat akan kembali semula bersama membantu pemerintah sekiranya Dr Mahathir meletak jawatan dan mengembalikan Sdr Anwar ketempat asalnya.

JANGAN SALAHKAN RAKYAT

KAJI KEHENDAK RAKYAT SEBELUM TERLAMBAT