KONSPIRASI STRATEGI

PERLAKSANAAN DAN CITA CITA

Pembentukkan dan penyatuan cita cita untuk menghapuskan pengaruh Sdr Anwar Ibrahim dan membunuh karier politik nya merupakan asas dan matlamat konspirasi.

Pada awal perancangan ini strategi mudah mereka menjadi "complicated" dengan Sdr Anwar Ibrahim tidak mahu tunduk kepada tuduhan mereka. Sdr Anwar juga telah mencabar mereka untuk membuktikan nya disamping mendedahkan kepincangan mereka. Maka terbentuk lah perjuangan baru Sdr Anwar untuk mengadakan REFORMASI bagi menghapuskan kepincangan pentadbiran Dr Mahathir. Bermulalah REFORMASI.

DIMANA KONSPIRASI SEKARANG

Artikel lepas komentar telah banyak dikritik.Khususnya bagi artikal Konspirasi semakin berjaya Reformasi entah kemana?. Antara mereka ada yang mengatakan bahawa Komentar mempunyai asas asas persamaan dengan SB (Internet Division), ada yang mengatakan bahawa Komentar tidak memberi semangat langsung pada pihak Reformasi dan pelbagai kecaman lain. Walau apapun Komentar ikhlas cuba dengan cara tersendiri untuk menyumbang tenaga dan bakti disamping memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman dengan kepercayaan BAHWASANYA SDR ANWAR IBRAHIM ADALAH MANGSA TINDASAN PARA KONSPIRASI.

KENAPA RENCANA ITU TERBIT

Rencana perihal Konsipirasi tersebut semakin berjaya adalah berasaskan "plan" mereka yang setakat ini disusan begitu rapi dan sedikit demi sedikit menampakkan kejayaan. Apakah kejayaan tersebut?

Setakat ini kelihatan bahawa asas tuduhan Ummi dan Azizan telah diterima oleh semua kuncu kuncu Dr Mahathir Mohamed. Surat penarikkan oleh Ummi dan Azizan akan terbatal kerana ia merupakan surat penarikkan yang diberi atas tekanan dan paksaan polis.

Saksi saksi yang dibariskan oleh Pendakwa raya dalam kes liwat cuma bertujuan untuk lebih mencemarkan nama sahaja , tidak lebih dari itu. Apakah kita fikir mereka bodoh untuk membawa kes yang berasas kan surat tanpa bukti dan berharapan untuk memenangi kes tersebut. Semestinya tidak. Mereka menurut perancangan kami akan mendapatkan verdict "guilty as charge bagi tuduhan salah guna kuasa dan bagi kes kes lain adalah untuk mencalar nama Anwar Ibrahim.

TEORI PEMBERSIHAN UMNO

Pembasmian pengaruh Sdr Anwar Ibrahim dalam UMNO merupakan harapan kedua setelah langkah awal membasmi Anwar Ibrahim terlaksana. Pembasmian ini adalah melalui proses penangkapan diikuti dengan pembebasan dan pembuangan/pengantungan keahlian mereka dalam UMNO. Setelah habis kerja kerja ini dilaksanakan maka UMNO yang sekarang ini ada, dianggotai oleh mereka yang 100% penyokong Dr Mahathir dan kroni kroni nya.

Lapuran PAS tentang ramainya ahli UMNO melompat pagar dari UMNO ke PAS menguatkan lagi teori pembersihan UMNO. Setakat ini 15,150 orang membuat permohonan menyertai PAS terdiri dari ahli baru dan bekas ahli UMNO. Kejayaan buat PAS tapi ini juga kejayaan teori pembersihan UMNO.

Kenapa? Jelas kelihatan bahawa pada UMNO PAS bukan lah satu ancaman politik yang besar berbanding dengan Anwar Ibrahim.

UMNO DAN BARISAN NASIONAL LEBIH GERUN KEPADA ANCAMAN ANWAR IBRAHIM DARI PAS.

Teknik dan taktik pilihanraya UMNO akan dimulakan tidak lama lagi. Mereka dari golongan konspirasi ini percaya bahawa manipulasi pilihanraya adalah lebih mudah. Mereka punyai waktu untuk mengubal sesuatu strategi bagi menangani dan memastikan kejayaan pilihanraya.

Anwar? Nama yang bakal tercicir jika REFORMASI tidak menyatukan strategi dan tekanan demonstrasi dalam menuntut manifesto mereka. Manifesto ? mungkin reformasi ada manifesto tetapi belum diuraikan lagi . Mungkin agaknya. Harap harap begitulah. Komentar percaya REFORMASI ANWAR IBRAHIM akan terus hidup tetapi bukan itu yang kita harapkan. Hidup dan memimpin Negara kearah perkembangan baru adalah diharapkan. Hidup cuma pada nama sahaja tidak boleh dinamakan kejayaan.

CHECK MATE?

Belum lagi. Komentar percaya REFORMASI belum di "check mate" lagi. Semangat yang dibakar oleh Anwar Ibrahim masih menyala lagi. Apa yang harus diberi penekanan adalah sistem kemudi sekarang ini. Aqnwar telah ditahan dan sedang dibicarakan. Dr Ghouse diluar negara, Zahid Hamidi telah dicabut taring nya, Ruslan baru dibebaskan dan langkahnya belum kita ketahui lagi. Langkah konspirasi menahan mereka merupakan langkah bagi mematikan kemudi. Tanpa kemudi haluan berpecah, arah tuju mungkin keliru dan cita cita bercanggah. PAS bangun untuk mejadi pewaris REFORMASI. Apakah ini satu kejayaan atau satu arah tuju yang berbeza. Membelah penyokong REFORMASI adalah satu lagi harapan UMNO di bawah kepimpinan towkay Konspirasi tersebut. Apakah ada kejayaan dalam pembelahan ini? Adalah buta kalau kita para REFORMASI tidak nampak tektik pembelahan ini. Para REFORMASI pada asalnya menuntut agar keadilan dan menentang kezaliman keatas Sdr Anwar Ibrahim. Dalam pada ini ada antara mereka yang beralih kepada PAS sebagai alternatif. Bagi kaum kaum lain seperti China beralih kepada DAP dan kaum India mungkin ke kongres lain. Bagi yang REFORMASI yang rata rata cuma memperjuangkan REFORMASI ANWAR IBRAHIM terkeliru.

Kekeliruan ini merupakan bonus kepada KONSPIRASI. Kekeliruan ini akan diambil kesempatan kelak oleh Ahli Majlis Tertinggi Konspirasi. Komentar percaya sekiranya kemudi REFORMASI tidak di selaraskan maka ruang ini akan digunakan oleh mereka. Ingat kemudi konspirasi mempunyai advantage yang banyak dan "planning" yang paling kritikal perlu dibuat oleh REFORMASI.

APAKAH DENGAN DEMONSTRASI

TANPA STRATEGI REFORMASI

BOLEH BERJAYA.

Bukan sekali kali hasrat Komentar untuk memecah belahkan anggota penyokong Reformasi. Jauh sekali untuk melunturkan semangat reformasi. Hasrat Komentar agar satu "master plan" atau teknik suslan yang berwibawa serta lebih tersusun diadakan. Setiapkali Demo hampir berpuluh penyokong REFORMASI ditahan. Sekian lama sekian ramai yang ditahan dan lama kelamaan terdapat pengurangan dalam penyokong REFORMASI yang berani tersebut. Mungkin yang tinggal kelak adalah the silent majority. Komentar yakin dan percaya bahawa setakat ini REFORMASI tidak mempunyai strategi yang berkesan selain dengan pressure group yang menjalankan demonstrasi. Komentar percaya sehingga hari ini setiapkali Sabtu menjelma ramai akan tertanya dimana () minggu ini? Buka Laman web tengok dimana, kata salah seorang rakan. Terkejut lebih dari 3 venue akan di pamerkan.Keliru keliru mana kemudi. Secara asasnya Komentar percaya bahawa tanpa kepimpinan ini maka harapan kita agak sukar, kerana yang berhadapan dengan kita adalah mereka yang "PLAYING GOD" dengan menopoli mereka terhadap sistem polis, jemtera keadilan, akta ISA dan yang lebih kuat lagi "WANG".

HARAPAN KOMENTAR

Mungkin Komentar daif dalam melihat strategi strategi dan langkah REFORMASI. Mungkin telah ada strategi yang kami tidak tahu. Mungkin mereka sibuk membincangkan arah tuju dan langkah selanjutnya. Mungkin REFORMASI telah menyiapkan langkah susulan dan sedang mengarah jentera mereka melaksanakan nya. MUNGKIN, MUNGKIN,MUNGKIN,MUNGKIN ...

YANG PASTI REFORMASI SEDANG DITAHAP MUNGKIN DAN KONSPIRASI DITAHAP IMPLIMENTASI.

SALAM REFORMASI DAN MOGA KEJAYAAN DITANGAN KITA .