Syabas Kepada Sdr. Abd Rahman (Ahli Parlimen Kemaman)
by Mata-mata Penyu

Syabas kepada Sdr. Abd Rahman diatas tindakan cepat dan berani terhadap kepimpinan Bahagian tertentu di Terengganu. Tidak ramai yang mengetahui penglibatan Sdr. Abd Rahman dalam gerakan reformasi. Tetapi pengenalan saya dengan saudara membuat saya memberi kesimpulan bahawa saudara adalah seorang strategis yang cukup tajam dan cekap tetapi tak banyak cakap dan menonjol diri. Ini memberi ruang kepada musuh politik Parti KeADILan membuat kesimpulan bahawa Sdr. adalah seorang pemimpin yang lemah dan tak berkesan. Tetapi sekiranya mereka mengetahui hasil kerja yang dilakukan oleh saudara dalam gerakan reformasi dan politik maka tiada seorang pun yang berani dan sanggup mengkritik saudara.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa saudara pernah ditangkap bersama Lokman Adam, Mohd Khir dan Saiful di Johor Bahru.

Strategi saudara dengan Sdr. Mustafa Ali dan kepimpinan PAS negeri Terengganu dalam menghadapi pilihanraya baru-baru ini menghasilkan pukulan maut kepada Barisan Nasional di Terengganu termasuk di Kemaman yang dipimpin oleh Wan Mokhtar (bekas MB Terengganu) tetapi saudara tidak pernah mendabik dada seperti pemimpin-pemimpin lain yang banyak bercakap tetapi tidak banyak hasil.

Pemecatan ketua-ketua bahagian tertentu di Terengganu patut dilakukan dari awal lagi kerana banyak merosakkan imej Parti KeADILan di Terengganu tetapi pemilihan saudara untuk memecat mereka selepas pilihanraya adalah satu tindakan yang bijak. Syabas diatas tindakan saudara!!!

Perlantikan kepimpinan negeri yang baru yang terdiri dari pimpinan ABIM, JIM, Bekas UMNO, PRM dan bekas kaki judi adalah tindakan yang patut dialu-alukan bukan dikondemkan. Dalam sistem demokrasi sekarang, seorang kaki judi dan seorang ulama' masing-masing mempunyai satu undi sahaja!!!

Saya cukup terasa akan kehilangan satu arena perjuangan reformasi yang dinikmati oleh para reformis selama ini dengan ketiadaan Sdr. Abd Rahman kerana kesibukan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen. Saya doakan kejayaan saudara sebagai seorang Yang Berhormat.

Sejarah akan menceritakan jasa-jasa saudara dalam gerakan reformasi.

Semoga ALLAH Memberkati dan Merahmati Perjuangan Saudara.

Wassallam

Mata-mata Penyu

Posted on Feb 10 2000 , 09:29 AM