Make your own free website on Tripod.com

"SHIT" mana silapnya?

"SHIT" SELEPAS TUDUHAN LIWAT DAN SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM

Komentar 26hb April 1999

 

Banyak kutukan telah dilemparkan oleh mereka yang sedang memerintah dan bakal turun dari pemerintahan berkenaan dengan buku tulisan Sdr Shannon Ahmad. Salah satu tuduhan yang benar benar menarik perhatian saya adalah tuduhan yang buku tersebut sebagai "UN-ISLAMIC". Mungkin tuduhan liwat dan skandal seks Sdr Anwar Ibrahim yang bukan sahaja dibuat tetapi dihebahkan kepada seluruh dunia itu "ISLAMIC"? Mungkin juga tuduhan Dr Mahathir dalam satu wawancara dengan media antara bangsa yang menyebut "he does not only sodomise his man but masturbate them" itu "ISLAMIC"? Apakah itu yang dikatakan "ISLAMIC" oleh mereka? Bagaimana harus kita menilai yang mana "Islamic" dan yang mana tidak? Nampak sangat "Islamic" atau tidak sesuatu perkara adalah menurut tafsiran sama ada ia mengutuk atau menentang Dr Mahathir dan kroni nya. Kiranya ia tidak "Islamic" tetapi menuruti sokongan kepada Dr Mahathir dan kroninya maka ia boleh disimpulkan sebagai "Islamic". Kalau pemikiran dan perkelakuan mereka adalah sedemikian maka tidak salah kalau Shannon Ahmad menulis sebagai "mereka telah dididik supaya menerima kebusukkan dan yang membusukkan itulah sebagai budaya mereka". Komen mereka biarpun sejujur mana pun tidak akan diterima kerana mereka mendiamkan diri bila perbuatan "UN-ISLAMIC" yang jelas boleh membawa kemudharatan kepada negara di senyapkan. Mereka menerima perbuatan UN-ISLAMIC lain asalkan ianya sesuai dengan kehendak Dr Mahathir dan pakatan konspirasinya. BUKANKAH INI SATU TABIAT BURUK YANG ADA PADA PEMIMPIN KITA. SATU TABII YANG MENJIJIKKAN DAN SEMESTINYA MEMBUSUKKAN. Habis dimana salahnya buku tersebut. Salahnya cuma satu, ia menceritakan tentang budaya mereka yang buta dan tidak tahu atau tidak mahu menilai asas kebangkitan dan kemarahan rakyat. Rakyat dimarahi kerana membela Sdr Anwar Ibrahim sebagai seorang individu, tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka juga membela individu yakni Dr Mahathir Mohamed.

Definisi "UN-ISLAMIC" mereka adalah berpandukan samada ianya PRO MAHATHIR ATAU TIDAK. Sedemikian juga definisi DEMOKRASI YANG MEREKA BERIKAN dan KEADILAN YANG MEREKA KATAKAN MEREKA LAKSANAKAN.

Maka disitulah salah sebenar "shit" kerana ia tidak pro Mahathir dan anggota konspirasinya. Kalau ianya Pro Mahathir maka "shit" akan pasti dianugerahkan dengan penganugerahan yang tinggi oleh mereka walaupun tulisan tersebut mempunyai banyak penilaian berbeza dari segi penulisannya.

 

KOMENTAR