WAKE UP! BANGUN ......DATO HISHAMUDDIN

20/11/98

Silent majority? Apa betulkah apa yang dikatakan oleh Dato Hishammudin. Apakah maksud beliau tentang silent majority tersebut. Penyokong UMNO takut hendak menyuarakan sokongan. Kenapa? Takut ditahan ISA? Mengarut! Silent majority exists not for Dr Mahathir but to support the REFORMATION movement.

Dibuka beliau sekretariat untuk rakyat jelata tampil bagi menyuarakan bangkangan terhadap kenyataan Al Gore. Datuk, dalam negeri sendiri PM kita dikecam hebat, Ahli Majlis Tertinggi cuba menyakinkan rakyat dengan kecaman kecaman yang lebih zalim keatas perjuang reformasi namum sokongan terhadap REFORMASI meninggi bukan sahaja dalam negeri bahkan dimata dunia.

Kenapa Datuk tidak buat satu sekretariat memberi penjelasan kenapa Anwar disingkirkan dan dizalimi dinegara dia sendiri?

Saya percaya sekretariat tersebut tidak dibuka kerana jelas kumpulan konspirasi UMNO tidak mempunyai alasan kukuh dalam mempertahankan tindakan Dr Mahathir.

Sampai bilakan golongan konspirasi ini fikir mereka akan berjaya? Datuk, tidak pernah terlintas pada fikiran saya cucu Datuk Onn, anak Tun Hussain Onn akan bertindak sebodoh ini. Buka mata dan hapuskan niat tamak dan cita cita Dato untuk menjadi Perdana Menteri dengan membodek. Datuk harus sedar bahawa sokongan dan kejituan UMNO akan pudar selagi Dr Mahathir memerintah. Kami percaya bahawa dengan sikap menteri kabinet dan Pergerakkan Pemuda UMNO terus buta dan mengampu Dr Mahathir maka hayat UMNO tidak lama.

Cita cita Datuk selepas ini akan pudar dan kelu. Reformasi pasti berjaya dan cucu Hussain Onn ini akan terketepi kerana sikap sokongan yang membuta tuli oleh mereka seperti Dato.

Dato , sudahlah. Bangunlah dari mimpi yang mengatakan bahawa rakyat negara kita ini kelu dan menerima sahaja apa yang kamu lakukan.

Kami tidak buta lagi dan kami yakin pada perjuangan kami. Ketakutan kerajaan jelas terbuka dengan pencarian modal untuk menarik rakyat kepada isu yang lain.

Isu sekarang bukan kerana Amerika dengan Iraq. Isu sekarang adalah UMNO gagal memberi penerangan jelas terhadap tindakan Dr Mahathir dalam menyinkir Dr Seri Anwar Ibrahim.

UMNO gagal untuk menyakinkan rakyat bahawa Kerjaan Malaysia bersih dari rasuah dan segala bentuk konspirasi. UMNO dibawah DR Mahathir dan ahli konspirasi gagal menjelaskan tindakan mereka yang begitu zalim dan tidak mengikut peraturan .

Dato sudahlah. Pihak Komemtar saban hari meluat tengok senyuman hiprokrasi Datuk.

VERDICT: YOU WILL NEVER BECOME A PRIME MINITER

Datok minta Dr M berundur demi keikhlasan perjuangan UMNO. Jika tidak UMNO tidak akan wujud lagi sebagai parti yang menjadi jaguhan buat RAKYAT.

 

SEKALI LAGI DOWN MAHATHIR DOWN