Make your own free website on Tripod.com

BILA PEGUAM NEGARA DAN HAKIM BERKOMPROMI DALAM MENGENDALIKAN KES ANWAR

 

Apakah kita tidak nampak kesungguhan Peguam Negara dan Hakim Paul dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dari membongkar konspirasi politik yang ada dalam negara ini. Mereka dalam hal ini menutup segala ruang untuk peguam Anwar Ibrahim mengemukakan keadaan sebenar, yang membawa Sdr Anwar Ibrahim diheret untuk dihinakan dalam mahkamah yang mula hilang kemuliaan nya. Hakim Paul sering berkata tentang keadilan yang setakat ini jelas pada kita bahawa beliau tidak berusaha untuk mencarinya. Setakat ini Peguam Negara dan Paul Augustine cuba sedaya upaya untuk memanipulasi ketetapan perundangan. Mereka meninterpretasikan perundangan mengikut kehendak dan cita cita mereka jesteru itu membelangkangi prinsip keadilan. Beliau menolak sebarang usul konspirasi politik yang menjadi asas kepada perbicaraan kes Sdr Anwar Ibrahim. Kita tidak akan melihat keadilan dalam perundangan ini selagi Peguam Negara berkompromi dengan Paul Augustine. Kenapa harus kita tunggu. Peguam Sdr Anwar Ibrahim jelas kecewa dengan keadaan ini. Segala usaha mereka dihalang dan penghalangan ini BUKAN berniat baik malah berniat jahat dan bersadarkan pakatan politik bagi menjatuh dan membunuh karier politik serta keperibadian Sdr Anwar.

Ini mesti ditentang, keadilan mesti diperolehi dan dituntut dan mereka yang menyertai dan mendokong konspirasi TIDAK BOLEH diberi tempat dalam masyarakat kita. Mereka harus diadili oleh satu lagi mahkamah dan mahkamah yang di maksudkan adalah MAHKAMAH RAKYAT. Hanya disini mereka yang selama ini berlaku kurang ajar kepada rakyat akan dibalas setimpal dengan perbuatan mereka. Disini mereka harus dihukum dan disini hukuman keatas mereka akan ditentukan.

REFORMASI TIDAK BOLEH DIHALANG LAGI. SERUAN REFORMASI TELAH MELUAS DAN KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGHALANG. SEBARANG PENGHALANGAN AKAN MENGAKIBATKAN KESAN MALANG PADA NEGARA KITA.

JANGAN RAKYAT DISALAHKAN