KEAHLIAN PARTI KEADILAN NASIONAL (ADA KOMPLIKASI)

Komentar 20/2/2000

Benarkah jumlah keahlian Parti Keadilan Nasional yang terdaftar di rekod komputer hanya sekitar 40,000 sahaja. Apakah jumlah ini adalah kerana banyak borang ahli yang hilang atau kelemahan sistem pendaftar Parti Keadilan Nasional. Apakah jumlah ini menunjukkan hanya sekitar RM 80,000 yang terkutip dari pendaftaran ahli. Menurut satu ceramah umum yang pernah Komentar hadiri Sdr Ng Lum Yong pernah memaklumkan bahawa keahlian kita melampaui 200,000 orang. Makluman ini disampaikan selepas 3 bulan penubuhan Parti Keadilan Nasional. Dalam lain ceramah umum sewaktu hampir dengan pilihanraya dimaklumkan kepada Komentar kini ahli telah melebihi 350,000 bermakna wang pendaftaran yang diterima adalah hampir RM 700,000.00. Semua makluman-makluman ini didapat disahkan. Ini bukan bermakna Komentar cuba membuat isu tetapi lebih menunjukkan bertapa telusnya kepimpinan Sdr Anuar Tahir khususnya dan Parti Keadilan Nasional umumnya. Entahlah Komentar terus menerus tergamam dengan kepimpinan parti. Masa untuk mengacau bilau Bahagian dan Perhubungan Negeri ada, pilihanraya pemilihan Bahagian ada dan pengundian dilaksanakan untuk pemilihan Bahagian. Cuma yang tidak menentu adalah keahlian.

Sdr Anuar Tahir, Komentar punyai asas dan bukti kuat untuk menolak kepimpinan saudara, MPT lain juga tahu permainan kamu dan Chandra. Sekarang baru Komentar tersedar susahnya Anwar Ibrahim semasa memulakan langkah menuntut keadilan.

Anwar Ibrahim "KOMENTAR SEDAR KEPAYAHAN INI HANYA SEDIKIT BERBANDING DENGAN KESUKARAN PERJUANGAN SDR ANWAR IBRAHIM DALAM UMNO DAHULU"

KOMENTAR