PENGAKUAN AHLI UMNO AMPANG JAYA

 

 

Walaupun saya bukan dari ahli UMNO yang memegang jawatan tinggi dalam parti dan cuma bergiat dalam parti di peringkat cawangan tetapi saya akur dan yakin bahawa kesalahan pucuk pimpinan UMNO dalam menangani isu Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu kesalahan yang "genuine" yang tidak disengajakan malah saya secara peribadi yakin ianya satu percubaan untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ianya dilaksanakan dengan bergitu hebat tanpa memikirkan implikasi atau kesannya terhadap negara kita ini. Saya percaya kebanyakkan diantara kita tahu dan mula sedar bahawa konspirasi yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berasas dan sepanjang perjalanan kes Datuk Seri Anwar banyak kepincangan kepincangan yang terbongkar. Salah satu kepincangan yang paling menyedihkan adalah sistem kepolisan kita yang boleh dipengaruhi oleh ahli ahli politik termasuk Datuk Seri Dr Mahathir sendiri. Benar membuat tuduhan adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan , tetapi dengan perkembangan terbaru yakni perletakkan jawatan Tan Sri Rahim Noor jelas bahawa bukan sahaja beliau yang patut dipertanggung jawapkan atas penderaan tersebut tetapi seluruh anggota polis sendiri yang membiarkan perkara ini berlaku dan lebih lebih lagi Menteri dalam Negeri.

 

Jabatan Polis telah tercemar bermakna agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara kewibawaan perlembagaan dan perundangan sudah tidak boleh dipercayai lagi. Sudah biadap kepada rakyat negara ini. Sistem keadilan telah dipergunakan oleh mereka dipihak atasan sehingga antara kita sudah mula merasakan kekurang ajaran perlaksana polisi perundangan negara ini. Siapa yang harus dipersalahkan kalau tidak Datuk Seri Dr Mahathir sendiri.

 

Selama 4 bulan kes ini berjalan tidak ada satu penjelasan yang benar benar boleh saya dan rakan rakan UMNO sendiri terima baik dari sudut media mahupun kepimpinan UMNO bahagian saya khususnya Kawasan Ampang. Datuk Mufti Shuib, Ismail Kijo dan Mat Aris tidak pernah memanggil kami sebagai ahli UMNO untuk membentangkan keadaan sebenarnya dalam parti. Kami percaya "gag order" yang ada tidak menghalang penjelasan diberi kepada kami selaku ahli dalam parti. Apakah saya sebagai ahli tidak berhak untuk mengetahui dan meminta penjelasan dari pucuk pimpinan kawasan kami? Tidakkah mereka sedar bahawa saya dan rakan parti lain patut dipanggil dan diberi penjelasan atas keadaan yang sebenarnya.

 

Anih tapi benar saya rasakan tidak ada pemimpin UMNO yang berani bersemuka untuk menjawab persoalan persoalan yang ingin saya dan rakan rakan saya kemukakan. Saya percaya mereka sendiri tidak tahu dan hanya membiarkan perkara ini asalkan ianya tidak menggangu periuk nasi mereka. Pemimpinkah mereka ? Atau sekadar hadir untuk mengaut kebahagian diri sahaja.

 

Saya mengikuti perkembangan media internet dan media media asing. Salahkan mereka melapurkan apa yang mereka lihat dan dengar dimahkamah? Salahkah mereka melapurkan ketidakadilan yang berlaku. Pemimpin kita cuma mengatakan media asing menceritakan bahan bahan palsu tetapi tidak sedikit pun menbidas atau membuktikan kesalahan lapuran mereka. Media BBC memaparkan secara langsung melalui internet perilaku polis keatas mereka yang mengadakan demonstrasi, bagaimanakan pemimpin kita hentar menidakkan kesahihan gambar tersebut? Cuma mengatakan mereka menipu tidak cukup kuat untuk kami atau setidak tidaknya saya menerima.

 

Malang menimpa negara kita kerana sehingga hari ini baru kita ketahui aktiviti songsang mereka. Baru sekarang kita lihat kepincangan pemerintahan negara ini. Sehingga 2hb Sept 1998 kita buta dan dikaburi sehinggan yang salah tidak nampak kesalahannya dan yang curang dibendung dan dilindungi kecurangannya.

 

Baru baru ini Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed mengumumkan bahawa beliau akan turut memberi penerangan atas tidak tanduk selama ini. Saya percaya beliau berani turun dengan dikelilingi oleh anggota polis baik beruniform mahupun tidak dan sekiranya ada antara kami mencabar kenyataan beliau maka lokap dan cel Bukit Aman akan menjadi tempat kami beradu.

 

Maaf sekiranya apa yang saya sebutkan memang telah disebutkan oleh pendokong pendokong reformasi tetapi kelainannya adalah saya masih ahli UMNo dan taat saya kepada perlembagaan UMNO dan hasrat UMNO tidak berbelah bagi. Yang berbelah bagi adalah ketaatan saya pada pucuk pimpinan saya. Ketaatan saya telah mula pudar dan walaupun harapan saya masih kukuh kepada pendirian parti dan kewibawaan parti yang selama ini saya agungkan.

 

Saudara,

 

Saya ingin menyatakan bahawa semua Ketua ketua peringkat cawangan dan Bahagian UMNO masih tidak menyatakan sokongan terbuka kepada pembaharuan yang kita inginkan dalam UMNO kerana mereka takut kehilangan apa yang ada pada diri mereka. Mereka takut hidup miskin tanpa kekuatan wang sebagai alat menerajui kuasa. Saya lihat mereka yang bangun menentang adalah mereka yang tidak mempunyai apa apa kepentingan material dalam UMNO. Ini berdasarkan kurangnya sambutan Ketua Cawangan dan Bahagian UMNO dalam proses mahukan pembaharuan dalam UMNO. Saya secara peribadi dapat menyangka bahawa mereka sedar kalau tidak semua segelintir dari mereka, tentang kepincangan yang berlaku sekarang ini. Mereka cuma takut dan gugup bila memikirkan kereta Mercedes,rumah bunglo dan wang mereka akan hilang sekiranya bangun menyokong proses pembaharuan dalam UMNO. Mereka lupa sekiranya UMNO tidak diperbaiki sekarang dengan mengeluarkan pemimpin yang korup dan sama sama mendokong satu bentuk konspirasi tersebut maka UMNO secara khususnya akan mati dan mereka akan turut mati bersama sama,dan alangkah sedihnya melihat keretakan UMNO setelah lama menerajui pembangunan negara lantang membidas kepincangan dimata dunia. Alangkah sedihnya kematian UMNO adalah kerana segelintir pemimpin yang mempunyai kepentingan tersendiri dan membelakangkan hak dan cita cita rakyat keseluruhan.

 

Memang saya cuma manusia kerdil dalam UMNO, dan mungkin luahan saya cuma didengari dan tidak diendahkan oleh mereka. Tetapi azam dan cita cita saya adalah untuk kejayaan negara dan rakyat negara ini. UMNO sekarang tidak lagi seperti UMNO yang saya kenal dahulu. Bukan itu sahaja Datuk Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak lagi seperti yang kita kenal dahulu. Beliau telah berubah menyokong kepalsuan yang beliau sendiri tahu. Beliau tidak akan berani menentang ketidakadilan yang berlaku sekarang ini. Beliau tidak akan bertindak membersihkan kepincangan ISA dan menghapuskan konspirasi yang ada sekarang ini menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak akan berani membuat keputusan menetang pemecatan Anwar Ibrahim atau membebaskan Anwar Ibrahim dengan ikat jamim. Beliau akan merujuk kepada Dr Mahathir , seorang pemimpin yang sanggup berkorban untuk kroninya. Pemimpin yang dihormati suatu masa ini kelak akan pergi dengan kehinaan dan penuh tohmahan.

 

Sayang sayang seribu kali sayang, akan saya menulis lagi,

Terima Kasih pada Laman Komentar sekiranya sudi memaparkan rintihan ini.

 

AHLI UMNO