DEMOKRASI ALA ZAINUR ZAKARIA

Komentar 3/2/2000

 

Setelah Komentar mengemukakan “scan dokumen” bagaimana Anuar Tahir mencaturkan politik Wangsa Maju dengan mengemukakan 2 notis berlainan yakni

 

  1. Untuk Ketua Bahagian
  2. Untuk keahlian

 

Kemudian Komentar meletakkan “scan dokumen” bagaimana Marina menipu untuk mendapatkan sokongan ahli keADILan Wangsa Maju dengan memalsukan dokumen/surat Anwar Ibrahim. Hari ini Komentar menyajikan satu lapuran sulit Kuala Lumpur yang mana ia menunjukkan bagaimana penentangan AJK Perhubungan Negeri terhadap Sdr Onn Abu Bakar dan Sdr Suhaimi Salleh tetapi dihindarkan oleh Zainur Zakaria yang kononnya telah memberi kata dua kepada mereka untuk menghentikan corak politik murahan mereka.   Walaubagaimana akhirnya Reformis Reformis yang menolak kepimpinan Onn Abu Bakar dan Suhaimi Salleh dipancung oleh Zainur Zakaria dengan tektik berselindung dibalik perlembagaan.

 

Antara yang dipancung adalah

 

Sdr Nasir Hussien ( Ketua Bahagian Wangsa Maju/ Tahanan ISA selama 30 hari)

Sdr Fadhil  ( Ketua Bahagian Segambut / Tahanan ISA selama 42 hari)

Sdr Mustapha Mansor ( Ketua Bahagian Batu/ selaku pengasas Gerakan Reformasi Rakyat)

 

Tersenarai terkeluar

 

Sdr Mohd Zainuddin ( Ketua Bahagian Bandar Tun Razak)

Sdr Rahman Ibrahim (  Tahanan )

 

Ini termasuk Setiausaha Bahagian bagi Bahagian tersebut.

 

Scan dokumen tersebut adalah menunjukkan bahawa pencaturan politik Zainur Zakaria dan kuncunya memang kotor sehinggakan sekarang Kuala Lumpur berpecah hebat.

 

Gambar 1 Scan dokumen Memorandum Penolakkan Ketua Pemuda keADILan Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Perhubungan Negeri Sdr Suhaimi Salleh

 

Gambar 2 Scan dokumen penandatangan Memorandum tersebut.

 

Komentar mempunyai tanda tangan sah Ketua Ketua Bahagian tersebut dan pertuduhan dibuat secara demokrasi dan meminta Sdr Zainur Zakaria mengadili tuduhan tersebut. Malangnya BUKAN beliau mengadil pertuduhan tersebut malah mereka pula yang dipancung. Pertuduhan mereka termasuk tidak ada lapuran resmi  wang bagi Projek Tawan Kampung malah wang tersebut tidak pernah dilapurkan kepada Perhubungan Negeri walaupun Sdr Onn telah menerima peruntukkan tersebut ( Sdr Onn Abu Bakar) .

 

Salah laku mencatur dan mencampuri urusan Bahagian lain dengan harapan agar Ketua Bahagian tersebut dapat ditolak dan digantikan dengan kroni beliau dan kroni Suhaimi Salleh. Penuh lagi lapuran salah laku mereka dan memorandum tersebut merangkumi hampir 5 muka pertuduhan dari 7 Bahagian.

 

Rakyat Jadi Hakim

 

KOMENTAR