dipetik dari mahafiraun
 KOMENTAR MEMBERI ULASAN SILA BACA
SURAT DARIPADA LOKMAN NOOR ADAM
"Sekiranya kami gagal untuk menuntut Reformasi melalui cara demonstrasi, dan hak demokrasi kami untuk memilih kerajaan alternatif baru ditidakkan melalui penipuan Barisan Korupsi saudara dalam pilihanraya akan datang, jangan menyesal jika kami terpaksa menuntut kemerdekaan sebenar bangsa Malaysia ini melalui proses REVOLUSI!"

Kepada Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Malaysia.

"Walaupun setelah dua kali amaran keras diberikan kepada saudara, namun saudara masih lagi gagal untuk menutup mulut saudara yang lancang mengkritik penyokong Gerakan Reformasi dan melakukan kezaliman ke atas kami.

Perbuatan anggota FRU dan Bahagian Khas PDRM yang bertugas di sekitar Mahkamah Jalan Raja Laut pada tanggal 14hb April, 1999 lalu, jelas menghalalkan pengunaan istilah "ANJING MAHATHIR" ke atas mereka. Kami hanya berhimpun secara aman.

Sdr Tian Chua dan Malik Husin tidak memberikan ucapan yang mencabar "ANJING MAHATHIR" tersebut, sehingga mengakibatkan mereka bertindak seperti binatang terhadap mereka berdua.

Inikah bentuk "Mesra Rakyat" yang saudara laungkan? Sebagai orang tua yang dianggap segelintiran ahli UMNO mempunyai sikap yang lemah lembut dan toleren, adakah ini wajah baru yang ingin saudara terapkan terhadap anggota PDRM?

Mata mana yang dapat menahan melihat Pejuang-pejuang Keadilan yang hanya bersenjatakan lidah ini dipukul dengan begitu teruk? Kalaulah anak saudara dipukul kepalanya dengan cota dan disepak, dihempuk serta dikeroyok oleh "ANJING MAHATHIR" sepertimana yang menimpa Tian dan Malik, mungkin saudara akan mengarahkan kuncu-kuncu saudara untuk mengerjakan Mokhzani atau Mirzan.

Walaupun perit kami menerima hakikat Anwar dihukum 6 tahun penjara, ianya tidak sekali-kali menyebabkan kami bertindak diluar batas rasional. Kami telah menerima keputusan mahkamah yang sudah kami sedia maklum akan berpihak kepada Mahathir tanpa sebarang reaksi negatif.

Tetapi kami merasa kecewa di atas tindakan saudara yang mengarahkan sepasukan "ANJING MAHATHIR" untuk melakukan provokasi dan mempertontonkan kewibawaan saudara sebagai Menteri Dalam Negeri yang mampu menyaingi kezaliman "Hitler Malaysia" dengan memukul penyokong Gerakan Reformasi yang berkumpul secara aman.

Kami juga yakin saudara merestui tindakan kurang ajar "ANJING MAHATHIR" tersebut dengan tertabalnya Tan Sri Norian Mai sebagai KPN sehari selepas peristiwa tersebut. Hari ini sudah jelas terbukti, disebalik penonjolan keperibadian baik yang saudara pertontonkan, ada juga nilai zalim yang saudara warisi dari Mahathir.

The Black 14th bukan sahaja menyedarkan kami bahawa berakhirnya keadilan dalam sistem kehakiman negara, hari ini juga menyedarkan kami bahawa semua institusi yang sewajarnya bersikap berkecuali seperti Kepolisian, Suruhanjaya Pilihanraya, Angkatan Tentera dan seluruh Agensi Kerajaan telahpun dirogol beramai-ramai oleh kroni Mahathir dan tidak mampu lagi menjadi badan berkecuali yang berwibawa untuk menegakkan kebenaran mahupun mempertontonkan wajah bersih dari cengkaman pemerintah kuku besi Mahathir.

Oleh itu, bersedialah........ Sekiranya kami gagal untuk menuntut Reformasi melalui cara demonstrasi, dan hak demokrasi kami untuk memilih kerajaan alternatif baru ditidakkan melalui penipuan Barisan Korupsi saudara dalam pilihanraya akan datang, jangan menyesal jika kami terpaksa menuntut kemerdekaan sebenar bangsa Malaysia ini melalui proses REVOLUSI!

"Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi"

LOKMAN ADAM
OT ISA 31/98"