Mereka tidak faham makna Demonstrasi Aman.

Mereka masih tidak faham apakah makna nya demonstrasi Aman. Mereka masih memerlukan Meriam Air walaupun rata rata para Reformasi tidak melaksanakan sebarang tidakan liar.

Semasa kami sampai kesana waktu baru pukul 12.00 tengahari. Kami melihat lebih kurang 250-300 para reformasi disana.

Dalam pada kami menuju ke restoran untuk makan hampir pukul 3.30pm dengan tiba tiba meriam air bercampur kimia timbul lalu menembak mereka disana.

Beberapa orang ditangkap hari ini.

Undur Mahathir Undur adalah slogan yang dilaungkan oleh penyokong Reformasi. Para Reformasi mula mengunakan loud hailer melaungkan slogan UNDUR MAHATHIR UNDUR.

Walaupun aman mereka masih menggunakan meriam air kuning. Entah cara mana lagi suara kita hendak didengar. NTV7 ada mengatakan banyak cara lain yang boleh kita salurkan krtidakpuasan hati. Cuba mereka sebut cara cara tersebut.

Ramai pemberita luar negeri menyaksikan penangkapan walaupun demo trersebut diadakan secara aman.