JANGAN PINGGIRKAN SDR ANWAR IBRAHIM

Komentar 7/3/2000

 

Menjadi satu kesalahan kepada kita pendokong reformasi sekiranya Bapa Reformasi kita dicerca dan perjuangannya dipinggirkan khususnya dari kepimpinan Parti Keadilan Nasional. Apa yang telah dimaklumkan oleh Komentar mengenai komen-komen Chandra adalah benar dan sebarang penafian kononya untuk menjaga keharmonian parti adalah satu kesalahan dan bertentangan dengan etika perjuangan kita selama ini. Perbuatan menutup kebiadapan Chandra dan Anuar Tahir adalah serupa dengan penutupan kezaliman Dr Mahathir oleh kepimpinan Barisan Nasional. Penutupan itu seolah-olah kita menipu perjuangan yang didokong oleh rakyat. Apakah sanggup kita menipu pejuang-pejuang keadilan yang menyambut seruan reformasi oleh Sdr Anwar Ibrahim. Apakah kita tergamak mencemar perjuangan ini. Kepimpinan keADILan yang lain seharusnya bertindak berani sekiranya sebarang percubaan dilakukan untuk membawa perjuangan ini lari dari matlamat asal dan melakukkan kezaliman kepada pengasas Reformasi Malaysia. Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Keadilan Nasional sedar perkara buruk yang dilakukkan oleh Chandra dan Anuar Tahir tetapi gagal untuk mengambil sebarang tindakan demi membersihkan parti dari mereka yang kononnya pejuang tetapi beragenda tersendiri. Apakah MPT kita lupa pengorbanan Bapa Reformasi kita dalam pejuangan menuntut keadilan. Apakah dengan menutup keburukkan dalaman Parti Keadilan Nasional sebenarnya dapat membantu dan menjana kejayaan kita dalam menolakkan kerajaan zalim yang sedang memerintah. Memang benar membuka pekong didalam dada juga mempunyai keburukkannya tetapi apa yang dilakukan adalah untuk mengelakkan  pekong tersebut dari melarat dan terus membunuh perjuangan ini. Ingat bau busuk perlakuan mereka akan terbongkar juga suatu hari nanti. Ingat pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim. Lihat dan kembalikan semangat juang kita demi menuntut keadilan biar dalam parti mahupun luar parti. Apakah pejuangan kita cukup hebat sehingga segala pegangan kita ,kebebasan kita tergadai seperti pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim. Apakah tidak kita merasa malu untuk engkar kepada beliau dan meletakkan perjuangan beliau sama dengan perjuangan kita. Chandra dilapurkan berkata “ antara dia dan Anwar adalah sama tahap dan beliau tidak perlu mengambil arahan atau cadangan Anwar” Chandra harus cermin diri beliau sendiri. Tahap perjuangannya jauh berbeza, pengorbanan beliau tidak sampai untuk meletakkan diri beliau sama dengan Anwar Ibrahim. Kini Chandra menuduh Sdr Anwar menyeleweng. Chandra tanpa segan silu cuba mengaibkan Anwar dalam program Bina Wadah anjuran Pemuda Keadilan Nasional. Pemuda Keadilan Nasional sedar dan tahu perlakuan Chandra tetapi diam tanpa mahu mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk menyedarkan Chandra bahawa beliau kini biadap pada perjuangan Anwar Ibrahim. Sedarlah Anwar terpenjara, perjuangannya disambut oleh kita. Kita tentang kezaliman dan kita tegakkan keadilan. Kalau kepimpinan keADILan lain gagal menolak Chandra menerajui Parti Keadilan Nasional maka kita harus bertindak. Kita bangkit kerana kebenaran dipihak kita.

 

Komentar ingin menyeru dengan mengakhiri artikel ini dengan sepotong ayat:

 

Berani kita kerana benar, takut kita kerana salah,

Berkecuali dan diam kita kerana kepentingan diri, maka perjuangan kita terusan terketepi.

 

KOMENTAR