REFORMASI PRM

 

Komentar

15 March 1999

 

Terpanggil kami melihat beberapa artikel dalam Reformasi Nasional dan sumbangan komen komen dari forum Gerak-Net. Asas nya ramai diantara pengikut perkembangan Reformasi bersetuju dengan beberapa perubahan yang perlu dilaksanakan oleh Parti Rakyat Malaysia untuk bertindak sebagai salah satu parti alternatif kepada kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang ini. Perubahan yang bercorak REFORMASI dalam parti ini harus disegerakan bagi membenarkan rakyat Malaysia memilih parti alternatif selain dari PAS dan DAP. Barisan Reformasi inilah yang diperlukan bagi menangani dan menjadi jentera pembebasan Malaysia dari kongkongan kuasa oleh Barisan Nasional. Parti Rakyat Malaysia bukan lah satu parti baru dalam arena politik negara kita ini. Asas dan matlamat parti ini tidak banyak beza dari kehendak pembaharuan yang dituntut oleh rakyat Malaysia. Parti ini juga telah mengariskan bahawa keadilan sejagat baik dari ekonomi , sosial dan politik adalah matlamat mereka. Parti ini juga mengariskan bahawa kepentingan pembahagian ekonomi yang adil dan sempurna merupakan asas kepada pembangunan rakyat Malaysia. Cita cita perjuangan parti ini selaras dengan tuntutan REFORMASI oleh rakyat Malaysia.

Syor yang dicadangkan oleh rakan web master Reformasi Nasional mempunyai satu asas kekuatan dan syor syor sebegini tidak harus diketepikan.

Melihat kepada asas perlembagaan PRM dan cita cita PRM maka kehadiran PRM dalam arena politik dengan lebih aggresif lagi amat diperlukan. PRM dapat menampung lompong politik negara kita khususnya dalam gabungan pendokong reformasi sebagai platform bagi rakyat Malaysia yang tidak begitu cenderong dengan aliran politik PAS dan DAP. Dengan kehadiran PRM maka Barisan Tuntutan Reformasi akan lebih mantap lagi. Ini amat diperlukan dan ini amat dituntut. Saya dari Komentar menyeru supaya parti ini membuka jangkauan mereka untuk melihat saranan saranan yang dikemukakan oleh rakan web master serta beberapa komen dari forum Gerak -Net.

PRM sekarang ini sepatutnya memulakan langkah mereka dalam usaha membangunkan parti tersebut dengan sama sama mengikuti kelajuan arus desakan perubahan atau tuntuan reformasi. Jentera jentera PRM perlu dikerahkan untuk memulakan langkah aggresif mereka dengan penglibatan secara khusus pada setiap perhimpunan GERAK REFORMASI. Hubungan antara PAS , PRM dan DAP seharusnya dimantapkan dengan mengadakan beberapa pertemuan bagi memulakan perbincangan cara dan bagaimana hala tuju Barisan Gerakan Reformasi dapat memantapkan perjuangan. PRM seharusnya telah memulakan jentera bagi mengerakkan penerangan asas matlamat parti dancita cita parti.

PRM SEBAGAI PENGIMBANG DAN PENUTUPAN LOMPONG POLITIK ANTARA PAS DAN DAP

Nilai murni setiap parti politik harus digabungkan untuk mengadakan satu manifesto yang konkrit bagi menangani setiap hujah yang bakal dikemukakan oleh Barisan Nasional. Manifesto ini perlu dapat merangkumi pelbagai aspek dalam perjuangan keadilan dan tuntutan reformasi. PRM dapat berfungsi sebagai pemgimbang manifesto PAS dan manifesto DAP. Pengimbangan ini perlu bagi mendapat sokongan padu setiap lapisan masyarakat tidak kira apa fahaman politik mereka. Pengimbangan ini bergerak sebagai penutup lompong politik dalam penyatuan GERAK REFORMASI yang sekarang ini heboh diperjuangan. Kami berkeyakinan bahawa lompang politik sekarang yang wujud akan digunakan oleh Barisan Nasional sebagai satu senjata yang boleh mengagalkan usaha kita untuk menuntut perubahan dalam negara kita ini. Kita perlu praktikal dalam menghapai isu ini kerana isu ini mustahak kepada negara kita yang terdiri dari pelbagai kaum.

APAKAH DIA LOMPANG POLITIK TERSEBUT?

Kita tidak perlu bersembunyi dan tidak perlu mengelakkan diri dari menangani isu lompang politik ini. Apakah dia lompang ini. Lompang ini adalah perbezaan antara manifesto PAS dan DAP. Kita sedia maklumkan bahawa perbezaan manifesto PAS dan DAP wujud. PAS dengan konsep Negara Islam dan DAP dengan bangkangan terhadap konsep tersebut. Kita harus menangani perkara ini dengan lebih praktikal tanpa mengharapkan isu ini berlalu pergi. Kita sedar perbezaan ini merupakan satu senjata kuat Barisan Nasional dan ini digunakan pada setiap kempen pilihanraya olen Barisan Nasional. Disinilah PRM dapat memainkan peranan mereka sebagai pengimbang kepada lompong yang wujud. Ini perlu dan ini mesti dilakukan dengan kadar segera oleh BARISAN REFORMASI.

Tindakan ini dapat menutup ruang serangan Barisan Nasional dan jesteru itu memberi keyakinan kepada pengundi pengundi yang tidak cenderong pada PAS dan DAP. Hakikat PAS sebagai Parti "All Islam" dan DAP sebagai Parti "All Chinese" dapat diimbangi dengan kehadiran PRM sebagai "multi racial political establisment". Tidak dapat tidak kita harus mengakui hakikat penting nya kehadiran PRM sebagai pengimbang Barisan Gerakan Reformasi. Menolak PRM secara bersendirian memungkinkan kita kehilangan beberapa kelompok pengundi yang memegang pada sentimen agama dan perkauman. Barisan Nasional juga mengakui bahawa kelompok ini wujud dan kolompok ini memainkan peranan penting dalam mempengaruhi undi di Sabah dan ini harus di jadikan ikhtibar untuk pilihanraya akan datang.

TINDAKAN PRM SETERUSNYA

PRM telah mengikuti beberapa arus perjuangan politik Malaysia. Kalau dilihat sejarah pembentukkannya parti ini seharusnya menjadi satu parti yang kukuh dan berpengaruh dalam arena politik Malaysia. Sebaliknya akhbar akhbar tempatan dan media antarabangsa melebelkan PRM sebagai parti kecil di Malaysia. Dengan pengalaman kepimpinan parti tersebut dan dengan pengalaman parti itu sendiri PRM tetap dilabel sebagai parti kecil . Perubahan harus dilaksanakan dan kepimpinan PRM harus mengakui bahawa kefahaman dan cita cita politik mereka harus di tampung dengan penglibatan serius dan aggresif ahli ahli PRM. Satu reformasi menyeluruh harus segera dilaksanakan. Penglibatan mereka semestinya tidak bercorak populariti individu tetapi sepatutnya bertindak sebagai kolektif. Ceramah umum PRM di Johor Bahru yang dihadiri oleh Dr Wan Azizah menunjukkan arah positif kepada perkembangan dan penerimaan rakyat kepada PRM. Ini harus dipertingkatan . Penglibatan menyeluruh parti ini harus selaju aliran perkembangan politik Malaysia. Penerangan demi penerangan perihal matlamat dan cita cita parti perlu dilaksanakan. Bantuan dan sokongan parti parti pembangkang yang ada harus diperolehi uantuk sama sama berjuang dalam mengerakkan perubahan di Malaysia. PRM harus terlibat secara lanngsung pada setiap perhimpunan politik yang dianjurkan oleh gergasi parti pembangkang yang lain. PRM sekarang sudah harus meningkatkan penerimaan rakyat kepada manifesto perjuangan mereka dan seharusnya telah memulakan gerakkan meningkatkan keahlian parti. Seri penerangan harus dilaksanakan. PRM disarankan untuk menubuh landasan pelapis dan aktiviti utama landasan pelapis ini adalah untuk membuat beberapa aktiviti bagi menyampaikan matlamat parti. Adalah satu kemestian PRM bertindak sealiran dengan deras kelajuan perkembangan politik untuk mengelakkan PRM tertinggal. Kejayaan PRM adalah penting bagi semua mereka yang ingin melihat kejayaan pendokong reformasi.

PRM kami menyeru agar parti ini bangun dengan lebih aggresif dalam sama sama menuntut keadilan. Saya percaya PRM mampu sama sama mentakbir negara selaras dengan matlamat dan falsafah mereka.

 

Sekian