KOMENTAR

A.NOR

17hb Sept 1999

Kami kembali lagi untuk meneruskan bicara politik yang semakin kritikal dan semakin meruncing dinegara kita ini. 20hb September 1999 genaplah satu tahun Sdr Anwar Ibrahim di kurung dan dihimpit dengan pelbagai tekanan yang sedikit pun tidak mencerminkan erti keadilan yang kita fahami.Dalam kita merancang untuk mengadakan perubahan kita tersentak dengan berita keracunan Sdr Anwar Ibrahim. Ini menguatkan lagi dakwaan kita bahawa kezaliman dinegara kita ini sudah sampai ketahap maksima. Kita tidak akan terkejut sekiranya dalam beberapa hari nanti 20-30 orang banduan akan dibawa ke hospital kerana keracunan arsenik. Ini tidak mustahil dilakukan. Keadaan sebegini bukan sahaja memualkan malah menaikan kemarahan dikalangan rakyat. Rakyat akan bertindak dan tindakkan ini akan menjadi satu lagi helah yang akan dimanupulasi oleh mereka untuk mengaitkan Parti Keadilan Nasional sebagai satu parti yang berlandaskan keganasan. Awas , ini mungkin menjadi helah untuk melengahkan pilihanraya atau menidakkan proses pilihanraya untuk diadakan. Kita perlu berhati-hati dalam tindakan kita kerana kita tidak mahu kekalahan sebelum perlawanan diadakan. Berita keracunan Sdr Anwar Ibrahim telah mula menular dan menjadi isu sebutan di negara kita ini. Kemarahan terbit dikalangan golongan reformis dan tindakan dirasakan perlu dibuat dengan kadar segera. Parti Keadilan Nasional telah mula mengambil langkah bagi menunjukkan bahawa mereka sudah tidak dapat lagi berkompromi dengan kepimpinan sekarang ini. Memorandum perlu diserahkan kepada setiap Sultan yang memerintah dan klimaknya adalah untuk menghantar satu memorandum menggesa Yg DiPertua Agung bertindak demi keluhuran perlembagaan serta mendaulatkan undang-undang. Sesuatu yang di anjurkan oleh Pemuda Parti Keadilan Nasional yang bangkit memprotes keadaan keadilan yang di cacatkan serta kedaulatan undang-undang yang dirogol oleh kepimpinan kita. Malang, kedaulatan undang-undang , keluhuran perlembagaan sudah BUKAN menjadi asas kita. Kesetiaan kita pada Raja khususnya kini telah diragui. Institusi Raja ini tidak lagi mendengar rintihan rakyat malah bersengkokol dengan segala ketidakadilan yang berlaku. Tidak hairanlah Hang Jebat bangkit menentang kezaliman , tidak hairanlah kita Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat kerana buta mengikut arahan sehingga hilang pertimbangan keadilan.

Sedih menyelubungi kita sekiranya Raja-Raja Melayu turut buta dalam menegakkan kebenaran. Sedih sekiranya Raja-Raja Melayu tidak mendengar rintihan rakyat mereka. Entahlah, sekali rasa perlu apa lagi platfom Institusi Beraja sedangkan Perdana Menteri sendiri telah melewati kuasa Raja.Perlu apa lagi sekiranya mereka tidak melihat apa yang rakyat lihat, rasa apa yang rakyat rasa dan dengar apa yang rakyat rintihkan. Hampa melihat daulat Raja yang mula berkarat dan mula terpalit dengan dosa menanda-menanda menteri nya. Hilanglah kini sudah RUKUN NEGARA MALAYSIA.