EMAIL BEGINI LAH YANG BANYAK KAMI TERIMA. INI MENUNJUKKAN KEIKHLASAN PENYOKONG PAS. INIKAH DIA HARAPAN PAS SECARA MENYELURUH. AHLI PAS YANG LAIN, INIKAH DIA SEBENAR SOKONGAN YANG DITUNJUKKAN INIKAH DIA PENDIRIAN PARTI SECARA KESELURUHAN
PETIKAN KATA SAUDARA KITA INI " Sebaliknya saya percaya ADIL akan
menjadi arwah seperti Parti Melayu Semangat 46, IMP dan Parti Negara."

                                                                     "Saya amat berharap agar pejuang-pejuang reformasi
tidak hanya menumpukan kepada usaha untuk membebaskan DSAI semata-mata kerana kita semua tahu bahawa sebelum DSAI ditangkap, beliau juga adalah seteru PAS dan DAP tetapi kami menentang DSAI dahulu bukan kerana beliau bernama Anwar Ibrahim tetapi kerana beliau mendukung satu pertubuhan yang menganjurkan kezaliman."


Date: Mon, 12 Oct 1998 00:26:49 +0800
From: wan ruslim <KAMI SIMPAN EMAIL BELIAU@tm.net.my.my>  
To: hh_98@hotmail.com
Subject: Komentar buat ADIL
Assalamualaikum,

Sayang sekali perjuangan menentang kezaliman akhirnya telah terpesong
arahnya disebabkan kekeliruan kita orang-orang
Melayu yang masih mempunyai sifat prasangka dan mementingkan kelompok
sendiri tanpa melihat sesuatu untuk kepentingan
secara menyeluruh dan universal. Tidak dapat dinafikan peristiwa
pemecatan DSAI secara umumnya telah menguntungkan
beberapa parti politik pembangkang sama ada PAS ataupun DAP. Selagi kita
masih melihat siapa yang untung dan siapa yang
rugi selagi itulah perubahan yang kita kita inginkan tidak akan
terlaksana dan sistem yang ada sekarang ini akan terus kekal
sampai bila-bila dan hanya berubah dari segi kepimpinan yang bersilih
ganti sahaja.

Sejarah telah membuktikan bahawa hanya dua parti sahaja yang boleh
memperjuangkan orang-orang Melayu iaitu sama ada
UMNO ataupun PAS. Tidak payahlah saya terangkan apa-apa perbezaan di
antara keduanya kerana jika kita tidak bersetuju
atau bersetuju dengan salah satunya, maka pilihannya adalah di antara
dua parti tersebut sahaja. Dalam kegawatan sekarang
kita berhadapan dengan satu suasana yang jarang berlaku sebelumya iaitu
kaum Melayu terpaksa membuat pilihan sama ada
mennyokong UMNO atau PAS. Apabila Allahyarham Dato' Onn keluar UMNO
beliau menubuhkan Parti Negara dan IMP
yang jauh lebih advance daripada UMNO dari segi idealisme dan perjuangan
tetapi orang-orang Melayu keseluruhannya
menolak beliau yang dianggap terkeluar dari arus perdana. Biarlah saya
katakan tentang hakikat majoriti rakyat di negara kita
yang keluar mengundi. Rata-rata para pengundi adalah dari golongan
penduduk kampung yang tidak terdedah dengan internet
ataupun yang mahu berbincang tentang rupa bentuk bangsa Malaysia
terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Sejarah
juga membuktikan bahawa pengundi-pengundi SECARA MAJORITI boleh
dipancing disaat akhir kerana beberapa silap
mata seperti isu tanjak Kadazan Tengku Razaleigh ataupun lebih
menyedihkan lagi pemberian kain-kain pelikat, tangki air
etc. Saya tidak memandang rendah atau memperlecehkan majoriti pengundi
ini kerana sememangnya keputusan pilihanraya
umum selalunya tidak memberikan apa-apa makna dan perubahan kepada
mereka melainkan apa yang mereka dapat sewaktu
sebelum pilihanraya itu sahaja.

Orang-orang Cina dan India tidak mempunyai harapan yang besar dalam
setiap pilihanraya kerana tentunya mereka terpaksa
menerima sahaja keputusan pilihanraya dan nasib yang seolah-olah
ditakdirkan kepada mereka. Kemenangan BN setiap kali
pilihanraya akan meletakkan kedudukan mereka yang sama dan mereka sudah
lama menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan
boleh dikatakan bahawa mereka akan terus survive dalam arus politik
negara kerana mereka sudah lama menyiapkan diri
mereka. Cuma barangkali isu pemecatan DSAI dan gelombang reformasi
memberikan sedikit harapan kepada mereka untuk
memperbaiki hak-hak mereka ke arah yang lebih baik dengan syarat BN
dijatuhkan. Tidak hairanlah kenapa DAP sanggup
duduk bersama-sama dengan GERAK semata-mata untuk mengumpulkan kekuatan
supaya kejatuhan BN dapat direalisasikan.
Soal rupa bentuk pemerintahan sama ada Islam atau sekular adalah isu
yang hanya akan timbul sekiranya BN dapat
dijatuhkan. Kegagalan menjatuhkan BN akan hanya menyebabkan segala
gagasan atau objektif sama ada digariskan oleh
ADIL, DSAI sendiri ataupun sesiap sahaja akan tinggal impian sahaja.

Dalam keadaan sekarang, usahlah kita meletakkan kepentingan individu
mengatasi kepentingan umum. Lebih tepat lagi, ingin
saya katakan bahawa isu penganiayaan terhadap DSAI adalah SALAH SATU
contoh kezaliman oleh kerajaan BN yang saya
percaya saudara pernah menjadi penyokong kuatnya dahulu dan tidak banyak
pula rungutan yang ditimbulkan oleh
orang-orang UMNO sewaktu DSAI masih berkuasa dahulu. Orang-orang PAS,
DAP dan lain-lain parti yang tidak sehaluan
dengan BN sudah lama merasa penindasan BN dalam pelbagai rupa bentuk
yang tidak pernah dirasakan oleh orang-orang
UMNO. GERAK adalah menifestasi daripada penindasan yang sekian lama
berlaku dan DSAI adalah faktor pencetus yang
memungkinkan perkara ini berlaku. Saya sebagai penyokong setia PAS
sesungguhnya tidak pernah dan tidak akan berganjak
daripada perjuangan kami walau apa pun yang berlaku. Kalaupun DSAI
dibebaskan, kedudukannya dikembalikan, ataupun
Dr. Mahathir dijatuhkan, kami akan terus berjuang melakukan perubahan
dan menentang sistem yang menganjurkan kezaliman
dan ketidakadilan. Saya amat berharap agar pejuang-pejuang reformasi
tidak hanya menumpukan kepada usaha untuk
membebaskan DSAI semata-mata kerana kita semua tahu bahawa sebelum DSAI
ditangkap, beliau juga adalah seteru PAS
dan DAP tetapi kami menentang DSAI dahulu bukan kerana beliau bernama
Anwar Ibrahim tetapi kerana beliau mendukung
satu pertubuhan yang menganjurkan kezaliman. Dan sekarang ini pun kami
menyokong DSAI bukanlah kerana beliau adalah
Anwar Ibrahim tetapi kerana beliau telah dianiaya sedemikian rupa.
Kalaulah PAS dan DAP sanggup berkrompomi demi
menegakkan keadilan walaupun orang yang disokong itu adalah orang yang
merendah-rendahkan mereka dahulu, kenapakah
orang-orang UMNO yang menentang Dr. Mahathir tidak boleh menerima
hakikat bahawa mereka mestilah bersama-sama
PAS atau DAP sekurang-kurangnya untuk mempastikan supaya BN dijatuhkan.
Ini adalah amat mustahak kerana sekiranya
para reformis Melayu tidak dapat menerima PAS mereka boleh menganggap
bahawa mereka perlu kembali menyokong
UMNO atau BN. Kewujudan satu parti reformasi dengan apa cara sekalipun,
saya tegaskan sekali lagi, dengan apa cari
sekalipun tidak akan menyebabkan orang-orang PAS atau DAP menukar parti
mereka. Sebaliknya saya percaya ADIL akan
menjadi arwah seperti Parti Melayu Semangat 46, IMP dan Parti Negara.
PAS mahupun DAP tidak akan berpecah tetapi BN
dan sistem kezaliman yang dianjurkannya akan terus berkuasa dan DSAI
serta penyokong-penyokong akan kehilangan tempat
bergantung mereka. Janganlah merendah-rendahkan kebolehan PAS dengan
kata-kata hormat dan pujian tetapi pada masa
yang sama saudara menimbulkan sikap prejudis terhadap perjuangan kami.
PAS tidak ditegakkan kerana Tok Guru Nik Aziz,
Ustaz Fadhil atau Hj. Hadi tetapi matlamat perjuangannya yang lebih
penting. Dr. Wan Azizah atau DSAI hanyalah seorang
pemimpin yang akan datang dan pergi tetapi matlamat perjuangan mesti
terus kekal. Kami penyokong-penyokong PAS
berikrar bahawa perjuangan kami bukanlah kerana untuk memenangi
pilihanraya umum tahun 2000 tetapi atas kesedaran
untuk menunaikan amanah Allah  mentadbirkan manusia bukan sahaja yang
beragama Islam tetapi manusia sejagat
berlandaskan fitrah manusia itu sendiri. Janganlah hendaknya orang-orang
UMNO dan reformis terus beranggapan bahawa
matlamat PAS adalah untuk memotong tangan orang semata-mata tetapi
perjuangan kami adalah untuk melahirkan satu sistem
politik, ekonomi dan sosial yang berteraskan keadilan dan fitrah manusia
yang sebenar.

Sekian, wassalam.

"keadilan untuk semua"

Cikgu Wan
Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close
[Hotmail safety and updates- Click here.]

© 1996-1998 Hotmail. All Rights Reserved. [Contact Us|Help]