BAGI MENGHARGAI PENGORBANAN DATIN PRESIDEN DALAM PERJUANGAN MENUNTUT HAK RAKYAT DAN MENGEMBALIKAN SUARA RAKYAT KEPADA RAKYAT. DATIN WAN AZIZAH,  SELAMAT HARI WANITA SRI KANDI NEGARA.

 

KOMENTAR 8HB MARCH 2000

 

PENGORBANAN WANITA, USAHA WANITA, KOMITMEN WANITA DAN PERJUANGAN WANITA tidak dapat dinafikan telah dan dapat merubah sesuatu bangsa malah mempunyai impak keseluruh dunia. Malaysia telah melahirkan ramai wanita yang mempunyai kredibiliti dan telah berkorban untuk pembangunan keluarga, bangsa dan negara. Hari ini kita menyaksikan seorang wanita yang bangkit meneruskan perjuangan suaminya yang menuntut agar negara kita ini bebas dari sebarang ketidakadilan dan kezaliman. Datin Seri Wan Azizah memulakan langkahnya kini sebagai penerus perjuangan suaminya demi menuntut keadilan , menentang kezaliman dan mengembalikan hak dan suara kepada rakyat. Perjuangan yang penuh ranjau dan duri ini melibatkan pengorbanan keluarga beliau demi untuk kesejahteraan negara kita ini. Biar ada suara mengatakan bahawa langkah beliau adalah untuk mendapatkan keadilan bagi suami beliau tetapi harus diingat pengorbanan suami beliau melibatkan pengorbanan beliau sebagai ibu dalam suatu keluarga dan terus menjadi ibu kepada perjuangan REFORMASI tuntutan Sdr Anwar Ibrahim. Kini langkah beliau rancak dan berani menuntut pembaharuan dalam negara. Beliau digelar Sri Kandi atas perubahan beliau dari seorang ibu kepada keluarga Anwar Ibrahim kepada seorang Presiden Parti Keadilan Nasional yang memperjuangkan keadilan dalam negara kita ini. Perjuangan ini pasti mengambilmasa yang panjang dan kecekalan Datin Presiden jelas utuh dan bersemangat. Di dampingi oleh Puteri Reformasi mereka gagah melangkahi setiap cabaran sehingga kehari ini. Langkah-lengkah mereka inilah yang kini menyedarkan kita bahawa perubahan perlu demi menjamin negara yang aman,harmoni dan adil.

 

KOMENTAR dengan rasa hormat menyanjungi usaha dan pengorbanan semua pejuang REFORMASI WANITA dan hari ini KOMENTAR mengucapkan SELAMAT HARI WANITA KEPADA SRI KANDI NEGARA DAN PEJUANG REFORMIS WANITA YANG LAIN.