MAHATHIR SAMA DENGAN AZWAN ALI CARI POPULARITI MURAHAN

Mahathir mula mahu membuat skandal baru dalam internet dimana menurut beliau terdapat artikel artikel yang mengajak atau membakar semangat untuk mengambil tindakan drastik seperti membunuh beliau.

Karut dan tidak payah lah bersusah untuk mencari populariti murah saat kehadiran pilihan raya. Buang masa sahaja mengambil initiatif untuk menjalankan kegiatan jenayah tersebut. Baik usaha itu diambil untuk sama sama membunuh khinzir yang merata rata membawa malapetaka kepada penduduk NS. Satu lagi pesan kepada Dr Mahathir ialah kalau orang nak melakukan sebarang jenayah pun adalah amat bodoh kalau dia buat publisiti mengatakan bahawa dia merangka nak bunuh sesaorang. Setakat ini kami percaya gerakan reformasi berusaha menuntut keadilan untuk pembunuhan politik yang kamu lakukan keatas Anwar Ibrahim.Sama macam Azwan tengah sibuk cari populariti.

ABDULLAH BADAWI MENUBUHKAN KAUNSELLOR AGAMA DISETIAP NEGERI

Ini semua cerita melobi pilihanraya. Masa beginilah baru hendak adakan kaunsellor Agama bagi setiap negeri. Bukan tidak baik cadangan tersebut . Cadangan tersebut amat baik sekali tetapi datang dari orang yang membelakangkan keadilan, menyokong kezaliman dan buta pada pri kemanusian , memang amat meragukan. Abdullah Badawi digesa pergi berjumpa kaunsellor tersebut dan minta nasihat atas tindakan kezaliman yang dilakukan oleh anggota konspirasi dan hukuman keatas kamu yang menyokong dan mendewa dewakan mereka yang melakukan kezaliman tersebut.

KOMENTAR

Kebencian rakyat kepada Dr Mahahtir Mohamed sekarang menular kepada pendokong utama kezaliman yakni Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah Badawi sekarang tergolong antara kumpulan yang harus ditentang seperti Ibrahim Ali, Rafidah Aziz, Aziz Shamsuddin, Sanusi Joned, Mohamed Rahmat, Hishammudin Huseein Off,Megat Junid , Tun Daim dan beberapa golongan kuat pro kezaliman.