(dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak
mengaku anak dunia dan akhirat)

PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga
perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate. 

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam
tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh
menulis dan  membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank
dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat
sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia 
telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain
tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang
angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes,
Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari
mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu
menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur,
pembohong, penipu. 

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL. 

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat
kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda
dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat 
dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran
jiran yang bersimpati. 

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga
bilik di rumah ini. 

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50
Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan
Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan. 

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa
kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank
dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu
dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan
hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup
menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut.
Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan
lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan 

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa
beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga
membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga 
terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum
rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari
Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya
hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat 
kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga
mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha
Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat 
dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di
Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan
mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya
Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak

membunuhnya. 

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes
tersebut serta seorang Juru gambar. 

Catatan Haji Ali bin Omar

18.10.98