APAKAH keADILan BENAR-BENAR MELAMBANGKAN PERJUANGAN MENUNTUT KEADILAN ATAU ADA HANYA PADA NAMA

Komentar 24/1/2000 (dari email - - k- - - y-k@hotmail.com)

Pemancungan dijalankan dengan agar hebat. Masalah Serawak telah menyebabkan Sdr Annuar Tahir pergi untuk berjumpa mereka untuk berbincang cara mana masalah ini dapat diselesaikan dan sekiranya boleh maka satu keputusan secara kompromi dilaksanakan. Benar jika itu yang beliau lakukan maka ini adalah satu pendekatan yang bijak. Tetapi malang itu bukan pendekatan Sdr Annuar Tahir. Beliau ke Serawak untuk berjumpa dengan pihak yang menentang Sdr Yussuff Rahman ( Ketua Perhubungan Negeri Serawak). Beliau dilapurkan tidak langsung berjumpa dengan Sdr Yussoff Rahman. Jelas beliau kesana bukan mahu berkompromi tetapi sebenarnya mahu mencari bukti-bukti kukuh atau separuh kukuh dan sekiranya tidak berjaya maka tohmahan boleh dijadikan alat memancung Sdr Yussuff Rahman. Apakah ini dimanakan keadilan? Bayangkan Sdr Yussuff sendiri tidak tahu bahawa beliau dipancung dan hanya mendapati maklumat tersebut melalui media. Sdr Annuar Tahir TIDAK langsung peduli akan beliau selaku AJK Perhubungan Negeri Serawak TETAPI Sdr Annuar Tahir telah mengemukakan surat pemancungan kesemua AJK Perhubungan Negeri Serawak. Sedar-sedar pedang Sdr Annuar Tahir melayang mencari mangsa seterusnya selepas pemancungan dilaksanakan.

KOMENTAR