Make your own free website on Tripod.com

BENARKAH RANGKAIAN PENDOKONG REVOLUSI TELAH SIAP DISEDIAKAN?

 

Komentar 5/5/99

 

Berita yang paling mengejutkan adalah penubuhan rangkaian anggota revolusi yang akan bertindak sekiranya setiap usaha membawa keadilan dan menghapuskan kezaliman gagal.

Komentar telah mendapat maklumat bahawa telah wujud satu kumpulan yang dijangka akan membentuk satu rangkaian pengerak revolusi sekiranya kedegilan dan kecurangan Barisan Nasional berterusan sehingga menjejas keluhuran sistem pilihanraya. Pihak kami dimaklumkan melalui email bahawa SATU LAMAN WEB AKTIVITI RANGKAIAN INI AKAN DIBENTUK BAGI MENUNJUKKAN KESAHIHAN DAN BETAPA SERIUS MEREKA DALAM PERKARA INI. Mereka memaklumkan bahawa mereka akan bertindak sekiranya kezaliman pemerintah berterusan dan sekiranya sistem demokrasi dicabuli . Mereka hanya akan bertindak sekiranya SISTEM PILIHANRAYA TIDAK DILAKSANAKAN DENGAN ADIL.

Kumpulan ini akan menjalankan "monitoring" yang begitu rapat dan teliti terhadap sistem pilihanraya sebelum sebarang tindakan dilaksanakan.

 

KOMENTAR secara ikhlas menentang sebarang bentuk keganasan walaupun kekadang terasa bahawa ini sahaja lah satu jalan untuk mengembalikan keadilan dan memusnahkan kezaliman. Walau apa pun nasihat Komentar , bila mereka berlaku zalim maka tindakan kita hendaklah tidak menuruti kejahatan dan kezaliman yang mereka laksanakan.