LAPURAN INTERNET TENTANG PERBICARAAN AKAN DISIASAT OLEH PEGUAM NEGARA

 

 

 

Peguam Negara memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat lapuran internet yang mengandungi bahan bahan yang telah dihalang oleh mahkamah untuk disiarkan.

Lapuran internet itu mengandungi semua bahan perbicaraan yang telah dihalang oleh mahkamah penerbitannya. Peguam Negara memaklumkan semestinya lapuran ini keluar dari mereka yang hadir dalam mahkamah. Mahkamah telah dimaklumkan oleh Peguambela Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak ada kena mengena dengan penerbitan dalam internet dan mereka akur kepada setiap keputusan mahkamah. Justice Paul meminta Peguam Negara menyiasat perkara ini .

Peguam Negara akan mula menyiasat bagaimana dan siapkah yang bertanggungjawab dalam penerbitan tersebut. Sesuatu yang perlu ialah terlanjur Peguam Negara menyiasat perihal lapuran internet tersebut ada baiknya Peguam Negara menyiasat sekali bagaimana affidavit Datuk Nalla boleh dihebuhkan dalam media surat kabar. Kenapa Peguam Negara tidak menyiasat apa benarkan Polis menggunakan kekerasan keatas mereka yang dipaksa mengaku diliwat. Semua kes kes ini perlu disiasat segera.

Peguam Negara sekarang terdedah kepada beberapa salah laku polis dalam menyiasat kes Sdr Anwar Ibrahim. Pejabat Peguam Negara juga telah dikecam dalam menjalankan perbicaraan seolah olah kebenaran tidak perlu dan yang perlu hanya kesalahan teknikal.

Justice Paul semasa perbicaraan tidak menghalang saksi saksi Peguam Negara dalam menceritakan dengan "terperinci" tohmahan liwat keatas Anwar. Perbicaraan yang amat memalukan maruah Anwar walaupun tidak terdapat sebarang bukti beliau melakukan perbuatan salah laku seks. Tambahan pula kes perbicaraan itu adalah mengenai rasuah.

Kes ini telah nampak kesumbangannya. Kes ini membuat rakyat terus menerus hilang kepercayaan kepada Pejabat Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia.

Jelas ini adalah konspirasi politik.