BILA DEMI PARTI MELEBIHI DEMI KEADILAN

Komentar 2/2/2000

Melalui perjuangan ini kekadang Komentar terkenang bila Abdullah Badawi dengan apa cara sekali pun mempertahankan bosnya Dr Mahathir demi keutuhan parti. Bila Mahathir melakukkan perkara-perkara diluar tabii keadilan Abdullah Badawi tetap menyokong. Rintitan peristiwa itu Komentar percaya kekesalan Sdr Anwar semasa tetap mengakui bahawa hubungannya dengan Mahathir tidak retak.Mereka, Anwar dan Mahathir senantiasa mengatakan bahawa tiada keretakkan antara mereka dan Mahathir tetap mengatakan bahawa Sdr Anwar akan mengantikkan tempat beliau kelak. Kini giliran Ezam pula. Menyokong Chandra Muzaffar dan terus melaungkan tiada keretakkan dalam parti. Ezam tetap mengatakan keutuhan perhubungan antara sesama MPT demi kestabilan parti. Ezam kekadang dengarlah nasihat reformis lain yang kini berada dalam parti dan tidak lama lagi diterajang oleh beberapa kepimpinan parti. Jangan fikir demi parti tetapi fikirlah demi keadilan.Parti perlu perubahan dan Sdr sendiri mengetahuinya. Parti perlu "check and balance" dan Sdr sendiri mengetahui. Parti perlu diubati kalau mahu kejayaan pada pilihanraya akan datang. Gerakan Reformasi harus dihidupkan semula bukan untuk Parti Keadilan Nasional tetapi demi keadilan manusia sejagat dibumi bertuah ini. Sdr Ezam fikirlah baik-baik untuk kesejahteraan semua dan demi tuntutan keadilan.

KOMENTAR