EKSKLUSIF MELAPURKAN keADILan JOHOR PERLU DISUSUN SEMULA

Komentar 14/1/2000

Eksklusif 17-23 Januari melapurkan kedudukan sebenar keAdilan Johor yang turut bergolak dan menyumbang kepada kekalahan kita pada pilihanraya yang lalu. Pergolakan ini menurut Sdr Sabran Arshad selaku AJK Perhubungan Negeri Johor adalah kerana kelemahan Ketua Perhubungan Negeri Johor yakni Sdr Kahar Ahmad. Pergolakkan ini adalah diperingkat kritikal dan menurut Sdr Sabran Arshad penyusunan semula akan dilaksanakan.

Apa yang boleh diulas dari lapuran Eksklusif ini adalah pergolakkan dalam parti keADILan jelas wujud dan semakin membiak. Keadaan di Johor ini juga dapat disaksikan berlaku di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Serawak. Keadaan ini tidak menjana kepada kejayaan keadilan malah akan terus menjerumus keADILan kearah keruntuhan. Walaupun Akhbar Eksklusif tidak mengulas dengan lebih lanjut keadaan di Johor melainkan menyiarkan lapuran Sdr Sabran Arshad tetapi apa yang pasti keADILan Johor bukan sahaja perlu merombak kepimpinan tetapi perlu menoleh kembali kebelakang dan mengambil agenda asal gerakan reformasi sebagai landasan bagi membina semula keADILan Johor. Kerosakan keADILan Johor adalah kerana cita-cita politik sesetengah pihak melebihi dari agenda perjuangan yang asal. Pergolakkan Johor juga wujud kerana campur tangan beberapa kepimpinan tertinggi dalam mencaturkan jawatan di peringkat negeri. Pemilihan jawatan khususnya Ketua Perhubungan Negeri dilaksanakan tanpa mengkaji ketokohan dan kesungguhan individu tersebut dalam mencanang dan memperluaskan keADILan diperingkat Negeri. Jasa sesetengah Reformis di Johor diketepikan semata-mata ada antara kepimpinan Johor yang bijak dalam melaksanakan politik membodek dan politik bertangga. Politikus yang ada di Johor mempolitikkan isu dan meletakkan agenda tersendiri melebihi agenda perjuangan yang ada. Permainan politik murahan dengan budaya ampu mengampu telah mula berleluasa dan ada antara kepimpinan tertinggi kita yang termakan dengan budaya bodek dan membodek. Ini lah hakikat politik yang wujud dalam keADILan. Kepimpinan keADILan harus kembali melihat logo keADILan yang berteraskan pembukaan mata kita kepada budaya kotor dan menjijikan yang dilaksanakan oleh pemerintah sekarang ini. MPT harus juga membuka mata mereka dan melihat yang mana satu intan dan yang mana satu kaca. Jangan biarkan sikap mahu diampu dan dibodek mengaburi keputusan kita. Kita harus peka dan berani menolak sebarang bentuk ketidakadilan biarpun ketidakadilan tersebut berlaku dalam parti sendiri atau dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi parti.

BUKA MATA MENGIKUT TERAS LOGO KITA

Komentar.