Make your own free website on Tripod.com

INI BUKAN LAGI "ALL MALAY'S AFFAIR"

 

KOMENTAR

29 MEI 1999

 

Ini bukan lagi "All Malays Affair". KeADILan adalah untuk semua. Ia tidak mengira darjat, keturunan mahupun pangkat. Ia bukan keistimewaan tetapi ianya adalah HAK kita di negara kita ini. Masyarakat pelbagai kaum telah mula menyertai keADILan demi memastikan masa depan yang lebih sempurna. Memang sewajarnya laungan menuntut keadilan dan menghapuskan kezaliman di terima oleh semua kaum kerana ini adalah tuntutan hak kita sebagai warganegera Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi. KeADILan adalah hak semua dan bukan hak bagi mereka yang ketagih kuasa dan harta . keADILan adalah menyeluruh dan bukan hanya diinterpretasikan oleh segelintir pemerintah yang hanya mementingkan diri dan kroni.

Kaum India khususnya telah mula bangkit memperjuangkan keadilan dengan menyertai Parti keADILan Nasional. Kita menyaksikan kebangkitan kaum India dengan rancangan Konvensyen Parti KeADILan Nasional yang bertemakan "Konvensyen Kebangsaan dan Agenda Perubahan oleh keADILan Anjuran Biro Politik Kaum India yang dipimpin oleh Puan Irene Fernandez. Konvensyen ini akan diadakan di Malaysia Chinese Hall pada 20/6/1999 jam 9.00 pagi dan akan pelancaran akan dibuat oleh Presiden Parti Datin Seri Dr Wan Azizah. Kaum India digesa hadir untuk sama-sama membuktikan bahawa tuntutan keadilan bukan hanya dari satu kaum malah ianya melibatkan semua kaum dinegara kita ini.

Konvebsyen ini dapat membuktikan bahawa landasan MIC akan pupus kerana masyarakat India telah mula bosan dengan kepimpinan Datuk Samy Vellu dan dengan Barisan Nasional secara "total".

 

TAHNIAH MASYARAKAT INDIA