ZAINUR ZAKARIA ! SEKARANG PERBUATAN BUSUK SDR MENCECAH KESELURUH KUALA LUMPUR

Komentar 15/2/2000

Bagaimana agaknya Sdr Zainur Zakaria mampu menunjukkan mukanya disekitar Kuala Lumpur ? Bagaimana agaknya Zainur Zakaria mahu berceramah dimasa-masa akan datang khususnya di Kuala Lumpur kerana kebusukkannya sudah melewati hampir kepada keseluruhan reformis dalam Wilayah Persekutuan.Zainur Zakaria patut sedar akibat mengikut penasihat mereka yang berkepentingan maka diri sendiri jadi mangsa. Mereka yang lain akan mencuci tangan dengan mengatakan bahawa keputusan ditangan Zainur dan bukan mereka. Zainur pasti terperangkap dengan mainan mereka. Zainur perlu sedar reformis Kuala Lumpur banyak yang telah sedar akan perbuatan buruk kamu. Setakat ini masih ada halangan dari beberapa pihak yang tidak mahu mereka terus menuntut agar Zainur di singkirkan kerana kelemahan keputusannya. Dendam Zainur kepada beberapa orang reformis dalam Wilayah Persekutuan terbalas dengan kes pemancungan mereka. Apa pula tindakan reformis keatas Sdr?. Setakat ini masih ada kuasa yang menghalang mereka bertindak. Malangnya kuasa tersebut semakin lama semakin luntur dan pasti suatu masa nanti gerakan itu akan mula bertindak membongkar kelemahan dan kebusukkan hati sdr. Bagaimana agaknya Sdr Zainur berjalan di Kuala Lumpur? Berjalan dengan penuh hina kerana antara yang memerhati sdr adalah mereka yang telah kamu bunuh perjuangannya demi dendam sdr. Masanya akan sampai juga. Reformis akan bertindak juga. Yang pasti Zainur Zakaria kamu punca keruntuhan Kuala Lumpur "Tanah Kelahiran Reformasi"

Komentar tetap melihat dengan mata dan minda terbuka

Komentar