MAHATHIR MULA MENUDUH WAN AZIZAH DAN PKN TERLIBAT

 

Mahathir dalam kenyataan nya menyelar Dr Wan Azizah dan menegaskan bahawa demonstrasi ganas yang berlaku adalah atas tajaan Parti keADILan Nasional dan PAS. Dr Wan Azizah dalam kenyataan balasnya mencabar pihak kerajaan menubuhkan satu Suruhan Jaya Siasatan bagi mengenalpasti siapakah yang terlibat dan samaada terdapat unsur unsur provokasi yang dimainkan oleh pihak pihak tertentu dalam usaha menjatuhkan imej PKN.

Kerajaan selama ini hanya tahu mengatakan bahawa mereka berlaku adil tetapi tidak pernah berusaha menunjukkan bahawa keadilan itu telah dilaksanakan. Kenapa takut kalau benar keadilan telah dilaksanakan oleh mereka? Mahathir dan kuncu nya seolah olah mahu menutup sesuatu dan ini tidak digemari oleh rakyat Malaysia. Perbuatan mereka dan penyalahan penggunaan kuasa oleh Mahathir patut dihukum.

 

Jangan salahkan sesiapa sekiranya rakyat bangkit menentang kerajaan. Periksa diri terlebih dahulu. UMNO pasti gagal kali ini dan kegagalan UMNO adalah perbuatan DR MAHATHIR dan kuncu kuncunya.

 

SELAMAT TINGGAL BN