EMAIL DITERIMA

Komentar 22/1/2000

Komentar pada hari ini telah menerima satu email yang minta disiarkan. Nama dan telefon nombor pengirim ada dalam simpan Komentar. Email tersebut bersetuju agar perubahan dan reformasi yang dituntut harus menyeluruh biar dalam Parti Keadilan Nasional sekali pun. Agenda menuntut keadilan tidak boleh dikompromi. Berikut adalah intipati email tersebut.

Sdr Komentar,

Saya dikejutkan dengan perubahan Laman Sdr yang sebelum ini adalah pendokong kuat reformasi dan Parti Keadilan Nasional. Baru-baru ini saya disedarkan akan laman sdr yang telah aktif tetapi agar berbeza. Setelah membaca saya semakin faham akan perlunya keadilan dituntutan dalam keADILan. Saya sependapat dengan sdr dan saya mempunyai banyak informasi perihal keperluan satu perubahan dibuat dalam Parti Keadilan Nasional. Butir tentang cara saya boleh dihubungi tertera didalam email ini.

Sdr Komentar,

Pernahkan sdr membaca kenyataan tentang Chandra Muzzaffar (Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional) perihal beliau menolak kenyataan kononnya beliau telah meletakkan jawatan dalam Parti ? Pada hakikatnya Chandra Muzzaffar MEMANG telah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Datin Presiden. Surat tersebut ditulisnya walaupun pada tempat tandatangan surat beliau hanya menulis namanya sahaja. Kebanyakkan ahli MPT lain tidak mengemukakan sebarang komen untuk perletakkan jawatan tersebut sungguhpun kenyataan media Sdr Ezam ada menjelaskan tentang tawaran menjadi pensyarah di Afrika Selatan yang disebut Chandra Muzzaffar. Chandar Muzzaffar juga dilapurkan telah menyebut bahawa Parti Keadilan Nasional tidak mempunyai harapan dan nasib parti ini dikatakan adalah sama dengan dengan nasib Parti Semangat 46. Satu kenyataan yang TIDAK RASIONAL datang dari Timbalan Presiden Parti.

Persoalannya,

Apakah wajar seorang Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional mengeluarkan kenyataan negetif seperti itu. Apakah sebenarnya Chandra sendiri tidak mempunyai keyakinan wadah perjuangan parti ini.

Dimaklumkan juga bahawa kenyataan tawaran menjadi pensyarah tersebut juga meragukan.

Apakah Chandra sebenarnya cuba mengugut Parti Keadilan Nasional?

Apa yang pasti pergolakkan wujud dan ini akan merosakkan parti.

Saya meminta agar Sdr Komentar dapat menghubungi saya untuk makluman lanjut. No telefon saya adalah XXX-XXXXXXX (telah disimpan oleh Komentar untuk rujukkan)

Saya setuju untuk kita memantapkan keADILan itu sendiri untuk bersiap sedia menawan Malaysia pada pilihanraya akan datang.

_ak_y_k@hotmail.com (email sebenar dirahsiakan)