Make your own free website on Tripod.com

REFORMASI ANTARA CITA CITA SDR ANWAR IBRAHIM DAN CITA CITA PAS

Salam Reformasi,

Memang benar artikel artikel kami sebegini akan mendapat kecaman meluas dari para pendokong Reformasi amnya dan penyokong Gerak khasnya.

Artikel kami yang terdahulu seperti Konspirasi semakin berjaya Reformasi entah kemana dan Reformasi strategi dan cita cita banyak menerima tentangan khususnya dari pemuji dan penyokong GERAK.

Walau apa pun pandangan kami bukan bertujuan untuk melumpuhkan Gerak Reformasi tetapi lebih kepada penyaranan agar Gerak Reformasi membawa pembaharuan dan melangkah setapak lagi dalam aliran perjuangan Sdr Anwar Ibrahim.

 Amat terkejut dan kecewa pihak kami melihat tindakan tindakan pengunjung forum GERAK NET , artikel artikel Laman Web Popular dan Forum Sedarlah. Membaca artikel mereka seolah olah kami membaca artikel karangan mereka yang tidak faham erti keadilan dan mempelopuri kezaliman kerana hukuman yang mereka jatuhkan keatas Sdr Malek dan rancangan penubuhan parti politik baru. Memang pihak kami sedia maklum perihal Sdr Malek semenjak dari pilihanraya 1995. Bukan itu yang kami ingin persoalkan, yang kami persoalkan ialah artikel artikel memburukkan beliau sebagai penyokong reformasi, menghukum beliau sedangkan beliau telah membuat kenyataan umum dalam THE SUN bertarikh 4hb Dis 1998 bahawa penubuhan tersebut terlebih dahulu akan dibincangkan dengan Dr Wan Azizah sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat.

Forum Sedarlah dengan lancang menyatakan bahawa penahanan beliau selama 58 hari tidak melayakkan beliau membuat atau bertindak sebagai pendokong reformasi.

Apakah yang melayakkan seorang itu sebagai pendokong setia reformasi?

Apakah borang yang harus diisi oleh sesaorang itu untuk menyatakan sokongan kepada reformasi?

Apakah dengan laman yang mendapat kunjungan beribu ribu orang menjadi lesen untuk menjadikan sesaorang itu perjuang reformasi?

Apakah kehadiran dalam forum forum GERAK NET dan SEDARLAH menjadi tanda sokongan.

Apakah platform bagi kita menyuarakan pendapat dan memperjuangkan REFORMASI tajaan Anwar Ibrahim cuma dengan demonstrasi dan tidak mempunyai strategi tertentu.

Apakah kita penyokong REFORMASI sedar bahawa arah tuju kita telah mula menyimpang dan tidak mempunyai haluan bersama.

Secara ikhlas kami menyokong penubuhan parti baru yang bertemakan REFORMASI dengan syarat bahawa Parti itu didokong dan diasaskan dibawah kepimpinan Sdr Anwar Ibrahim dan penyambung perjuangan beliau buat masa ini Dr Wan Azizah.

Sokongan kami kepada perjuangan Sdr Anwar Ibrahim tidak berbelah bagi dan tidak akan ada fakta lain yang akan membawa pegangan kami bertukar arah atau perpindah ke parti alternatif lain seperti PAS melainkan mendapat restu Sdr Anwar Ibrahim.

Kami tidak mahu juga melihat hasil derita tanggungan beliau diambil kesempatan oleh parti politik lain demi kerana terlalu amat lama mengidam untuk memerintah.

Kekesalan terasa lebih lagi apabila melihat apa yang kami suarakan dalam artikel terdahulu tentang GERAK dan PAS lebih kelihatan jelas apabila pendokong mereka menentang penubuhan parti baru . Kami makin percaya bahawa kehadiran GERAK adalah bagi mempromosikan badan badan dan parti politik tertentu sahaja dan tidak ada komitment jelas tempat untuk Sdr Anwar Ibrahim dalam gerakan tersebut.

APA SALAH SEKIRANYA PARTI REFORMASI MEMBENTUK SATU GABUNGAN DENGAN PAS BIARPUN SEKUTU ATAU TIDAK SEKUTU DALAM MEMBELA NASIB SDR ANWAR IBRAHIM DAN MENEGAKKAN KEADILAN.

KALAU GABUNGAN BAIK SEKUTU ATAU TIDAK SEKUTU BOLEH DIBUAT DALAM PAS SENDIRI UNTUK MEMBENARKAN KAUM CINA DAN INDIA APA SALAHNYA PENUBUHAN PARTI REFORMASI DIAJAK MENJADI KAWAN POLITIK.

APAKAH AGENDA TIDAK MENGALAKKAN PENUBUHAN PARTI POLITIK BARU MERUPAKAN KURANG KEYAKINAN BERTINDAK SENDIRIAN.

APAKAH ISU PENAHANAN ANWAR IBRAHIM DAN PENGORBANAN YANG DILAKSANAKAN SERTA PENAHANAN BELIAU MERUPAKAN KESEMPATAN TERBUKA UNTUK BERTINDAK BAGI KEPENTINGAN SENDIRI TANPA MENGIRA AHLI AHLI REFORMASI LAIN YANG MENDUKUNG CITA CITA ANWAR IBRAHIM TETAPI TIDAK SEALIRAN DENGAN PAS.

Kami bukan hadir untuk bertindak menentang atau memecah belahkan perpaduan dalam reformasi tetapi tindakan ketara menolak dan memburukkan baik sesorang sahaja perjuang reformasi cukup menampakkan keikhlasan sebenar golongan tertentu.

Kami ingin menjelaskan tiada niat kami yang memulakan sebarang pemecahan tetapi kami ingin sarankan bahawa tanpa platform tertentu slogan REFORMASI yang ada merupakan slogan resmi PAS kerana agenda mereka tersendiri dan perjuangan REFORMASI SDR ANWAR IBRAHIM merupakan kesempatan.

MAAF KAMI PINTA. HALAKAN KAMI DR WAN AZIZAH KEPADA REFORMASI ANWAR IBRAHIM. KAMI MERAYU.

SEKIAN