KETUA DEWAN PEMUDA PAS

ABU BAKAR CHIK

 

Petikan kenyataan beliau:

" kita kena berwaspada dengan mereka yang menawarkan semangat setiakawan"

PAS masih lagi mahu mengenangkan usaha sama mereka dengan Semangat 46 sebagai landasan mengukur untuk menerima semangat setiakawan yang dihulurkan kepada mereka oleh Barisan Keadilan. Isu ini sering dibangkitkan oleh ahli-ahli PAS yang bersikap amat pasif sekali dalam menjalin hubungan demi menuntut keadilan dan menghapuskan kezaliman hasil laungan Sdr Anwar Ibrahim. Ahli ahli PAS terlampau sering membangkitkan isu-isu ini seolah olah mereka sendiri tidak yakin dengan jalinan usahasama kepimpinan mereka dengan parti-parti alternatif lain. Memang tidak salah kalau kita berhati hati memilih teman tetapi sikap terlalu berhati hati menjeremus kita kepada sikap takut dan sifat takut ini tidak mungkin dapat menjayakan perhubungan sesama. Saya percaya bahawa kenyataan Sdr Abu Bakar Chik adalah satu peringatan tetapi peringatan kalangan Ahli ahli PAS ini sudah agak keterlaluan seolah olah tanpa kerja sama dengan parti lain PAS mampu menang pilihanraya ini. Sekiranya ini yang di fikirkan oleh PAS maka Sdr Abu Bakar Chik harus menyingkap secara keseluruhan sejarah PAS dalam piliharaya dan bukan hanya mengambil ikhtibar hubungan PAS dan Semangat 46 sahaja. Kita mahukan satu barisan kuat antara kita yang dikatakan sebagai barisan pembangkang. Tanpa semangat setiakawan yang kukuh kita tidak akan berdaya menumpaskan BN yang penuh dengan kuasa dan wang bagi memanipulasikan pilihanraya akan datang. Jalinan persahabatan ini perlu dan seharusnya tidak timbul sebarang kecurigaan antara perhubungan kerana kecurigaan ini pasti akan dimanipulasi oleh pelbagai pihak.