CHANDRA DIPINGGIRKAN DALAM PERBINCANGAN PENYATUAN PRM DENGAN keADILan

Komentar 9/2/2000

Watikah terbaru dari Bapa Reformasi kita telah menetapkan agar satu perbincangan semula antara keADILan dengan Parti Rakyat Malaysia dilaksanakan. Apa yang jelas ialah perbincangan tersebut berkehendakkan Chandra diketepikan dari perbincangan tersebut. Sebelum ini pun bukan Chandra yang diminta menerajui perbincangan tersebut, akan tetapi oleh kerana Chandra adalah kuasa mutlak dalam keADILan maka beliau melantik diri beliau sendiri bersama-sama pendokong ISA dalam keADILan iaitu Sdr Anuar Tahir. MPT yang lain semuanya terkulat-kulat seakan bisu pada ketidakadilan dalam keADILan. Rintitan dari mempinggirkan Chandra ini , ia dapat diulas sebagai Chandra gagal menyempurnakan tanggungjawabnya dan seterus dilebel sebagai Timbalan Presiden yang tidak berwibawa. Penyingkiran Chandra ini tepat bagi mengadakan satu perbincangan semula yang lebih padu dan berkesan. Kehadiran Chandra dalam perbincangan akan hanya menyulitkan strategi-strategi Bapa Reformasi kita. Chandra pernah mengatakan "Sdr Anwar Ibrahim dalam penjara, dia apa tahu", dan kini beliau diminta keluar dari jemaah yang akan membincangkan perkara tersebut.

Apakah ikhtibar yang boleh diambil?

Kehadiran Chandra akan menyukarkan perbincangan kerana Chandra takut penyatuan akan meminggirkan beliau. Beliau takut jawatan beliau tergugat dan beliau hanya mementingkan diri dari agenda besar kita membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.

Apakah ikhtibar yang boleh diambil?

Chandra tidak lagi boleh dipercayai dalam menyelesaikan masalah penyatuaan tersebut dan Chandra digambarkan seolah-olah tidak berwibawa.

Apakah ikhtibar yang boleh diambil ?

Chandra tersisih kerana agenda BIADAPnya berbeza dari agenda perjuangan menuntut keadilan.

Apakah ikhtibar yang boleh CHANDRA AMBIL ?

Mudah aje, angkat kaki dan keluar bersama Anuar Tahir agar keADILan lebih baik dari sekarang ini.

Komentar