Make your own free website on Tripod.com
Tun Daim Zainuddin. Bekas Menteri Kewangan,ahli perniagaan dan pakar ekonomi negara konon nya. Saya teringat kata kata Datin Paduka Rafida Aziz sewaktu konfrontasi beliau dengan Daim. Rafidah menyebut "bagaimana seorang penasihat ekonomi negara kita boleh  turut terlibat dalam perniagaan. Apakah ini tidak mendatangkan konflik dalam peranan yang dimainkan. Jelas kehadiran Daim setiap kali dalam kerajaan memperombakkan  kemelut politik negara. Rakan baik kepada Perdana Menteri ini sering mendatangkan kekecohan setiap kali beliau muncul.Bermula dari Musa Hitam sampailah ke Tengku Razaleigh Hamzah dan kini Anwar Ibrahim.

Beliau muncul juga dalam kes Anwar Ibrahim, kerana secara tiba tiba nama beliau dikaitkan dengan Ummi Halfida.Kenapa? Kenapa beliau berjumpa Ummi Halfida? Apakah peranan beliau? Beliau bukan menteri dalam negeri dan  bukan polis.Semestinya beliau tidak terlibat dalam operasi Turning Over. Habis peranan apakah yang dimainkan oleh beliau?. Apa kah surat Ummi Halfida disertakan dengan gambar gambar salah laku seks Anwar Ibrahim ke sehingga Daim sanggup berjumpa Ummi atau mereka ada agenda tersendiri? Kenapa Dato Megat Junid menyerahkan surat Ummi kepada Tun Daim dan tidak kepada Perdana Menteri? Persoalan persoalan yang perlu jawapan segera dan sehingga hari ini masih tidak ada jawapan sempurna. Benarkah Daim membayar Ummi Halfida ? Apakah beliau punca Konpirasi Politik ini?

Sehingga kini yang kita pasti adalah beliau berjumpa Ummi Halfida menurut kenyataan Mohamed Said. Tujuan dan peranan beliau masih tidak terjawab. Terlampau banyak kekosongan dalam kenyataan Mohd Said seolah olah rekaan cerita yang ingin disampaikan tidak jitu dan padat. Tapi beliau telah banyak memberi kita tahu bahawa konpirasi itu ada, polis boleh bertindak sesuka hati tanpa mengira salah atau betul. Asalkan keputusan memihak kepada kehendak mereka dah la.

Kita harus beri penilaian terhadap kehadiran Daim dalam kes ini. Jelas punca utama adalah Ummi Halfida yang menulis atas kekecewaan diri, Azizan yang mengaku menyerahkan punggung nya, dan nama nama seperti Daim yang hadir mungkin untuk mengucapkan tahniah, terima kasih dan beberapa habuan lain kepada Umm. Dan bagi Megat Junid dengan bini artis nya ini mungkin dapat membalas jasa DrM atas kes kes beliau terdahulu. Entah la?

Ini kah dia sistem kita? Inikah dia konspirasi?

PERIHAL DAIM KLIK SINI