Make your own free website on Tripod.com

ANWAR TIDAK YAKIN RAHIM AKAN DIDAKWA

 

Lapuran CNN 1 March 1999 memaparkan bahawa Sdr Anwar tidak akan terkejut jika Rahim Noor tidak dikenakan sebarang tindakan atas kesalahan memukul dan mencederakan Anwar di tahanan Bukit Aman. Rahim sepatutnya didakwa atas kesalahan tersebut. Kenyataan Anwar disampaikan melalui isteri beliau Dr Wan Azizah.

Ramai antara pihak reformis turut bersependapat dengan Sdr Anwar. Ada yang mengatakan bahawa kalau Rahim Noor diambil tindakan pun ianya pasti minimal. Tidak kurang juga menyetujui saranan Komentar bahawa bukan sahaja Rahim Noor malah Musa Hassan , Datuk Yaacob , Ramli dan beberapa pegawai atasan turut kecam kerana mereka telah mengetahui dan cuba menyembunyi kedudukan sebenar .

Ini jelas menunjukkan Jabatan Polis tidak jujur dalam menjalankan tanggungjawab khusus bagi kes kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hasil siasatan SuruhanJaya ini seharusnya memberi tekanan positif tentang hadirnya konspirasi polis dalam menjalankan siasatan kes rasuah Sdr Anwar Ibrahim. Jelas Pegawai Kanan Polis banyak menyembungikan fakta dan keterangan keterangan mereka tidak seharusnya dipakai khususnya keterangan Musa Hassan.

Kedudukan ini bukan sahaja memburukkan reputasi polis malah ini menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan polis. Kita lihat bukan sahaja KPN, malah anggota tinggi yang lain tahu keadaan sebenarnya tetapi diam tanpa suara.

Kami percaya Abdullah Badawi tidak akan berani mengadakan forum terbuka dalam membicarakan perkara ini. Kami percaya Dr Mahathir akan mengunakan alasan kebenarannya membuka satu suruhanjaya membuktikan bahawa beliau mahu penjenayah yang memukul Anwar ditangkap. Walauapa pun alasan mereka jelas pegawai atasan polis yang mengendalikan kes ini hilang kewibawaan dan tidak boleh diterima sebagai mereka yang mahukan keadilan dan kebenaran.Tidak salah kalau kami katakan mereka tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

 

BERSIHKAN JABATAN POLIS