Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
15 Muharam 1420
1 Mei 1999
Daripada
ABD. MALEK BIN HUSSIN
Kepada
KETUA POLIS DAERAH
Dang Wangi
Kuala Lumpur
Tuan
ADUAN TERHADAP DATO' RAMLI BIN YUSOF, TIMBALAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH, IBU PEJABAT POLIS, BUKIT AMAN, KUALA LUMPUR
Saya, Abd. Malek bin Hussin, kad pengenalan nombor (k/p) beralamat di (alamat), berumur 42 tahun, bekerja sendiri, berbangsa Melayu dan berugama Islam dengan ini mengemukakan repot polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:
Setelah saya meneliti keterangan-keterangan yang terkandung dalam Lapuran Suruhanjaya DiRaja Untuk Menyiasat Kecederaan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Semasa Dalam Tahanan Polis, saya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Dato' Ramli bin Yusof, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur disyaki telah melakukan kesalahan-kesalahan berikut:
Saya difahamkan bahawa perbuatan-perbuatan yang dilakukan di atas oleh Dato' Ramli bin Yusof yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur adalah disyaki suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Oleh yang demikian, saya menggesa pihak tuan menyiasat segera aduan saya terhadap Dato' Ramli bin Yusof yang saya syaki telah melakukan perbuatan jenayah berdasarkan kepada keterangan-keterangan dalam Lapuran Suruhanjaya DiRaja itu.
Inilah aduan saya. Terima kasih.
Yang benar
(ABD. MALEK BIN HUSSIN)