Make your own free website on Tripod.com
Komentar  "DEFORM REFORMATION"



DITEGASKAN KOMENTAR TETAP DENGAN REFORMASI SDR ANWAR IBRAHIM

Agak mengelirukan. Sama keliru dengan GERAK dalam REFORMASI bukan kah? Kalau difikirkan dengan lebih terperinci dan lebih mendalam konsep GERAK dan REFORMASI tajaan Sdr Anwar Ibrahim boleh mengelirukan. Sama keliru dengan cara Sdr Anwar disingkir,dibuang dari parti dan dipenjarakan tanpa asas perundangan yang stabil dan saksama,sama keliru dengan siapa sebenarnya pukul Sdr Anwar? Penahanan Sukma Munawar dalam ISA dengan tuduhan seks luar tabii. Tidak payah diceritakan dengan lebih mendalam kerana semua sudah sedia maklum.

Apa pula "DEFORM REFORMATION" tu..

"Deform" atau cacat, terkeluar dari kehendak atau jangkaan "defect" dan sebagainya. "Reformation" atau reformasi pembaharuan dari kesalahan  atau "improve by removing fault".

Dalam pada itu sebaik sahaja Sdr Anwar disingkirkan dari menjawat jawatan dalam Kerajaan maka SLOGAN "REFORMASI" dilaungkan beliau. Sambutan diluar jangkaan dan laungan tersebut menjadi intipati perjuang REFORMASI. Konpirasi  yang wujud menjatuhkan  Sdr Anwar serta fitnah (selagi belum terbukti ia nya tetap fitnah) menaikkan  kemarahan penyokongnya dan  desakkan supaya  MAHATHIR meletakkan jawatan dilaungkan.  Satu reformasi diperlukan bagi memperbaiki sistem pentadbiran kerajaan. Satu desakan kuat dari golongan mahasiswa dan rakyat menunjukkan satu perpaduan berkehendakkan REFORMASI DALAM UMNO KHASNYA DAN BARISAN NASIONAL AM NYA.  REFORMASI ini ADALAH UNTUK membersihkan kerajaan dari menyalah guna kuasa untuk kepentingan tertentu sahaja. 
ANWAR TIDAK MENYEBUT TRANSFORMASI "TRANSFER" "SHIFTING" berpindah dari UMNO dan Barisan Nasional. Secara tepat ianya adalah REFORMASI. Dalam usaha tersebut
beliau dan penyokong penyokong REFORMASI mencabar dan mendesak perletakkan jawatan Dr Mahathir sehingga terlerai sementara perjuangan nya apabila ditahan dalam ISA. Kemarahan dan penentangan tangkapan Sdr Anwar nampak jelas dibantah keras oleh semua Parti Pembangkang serta NGO lain. Mahasiswa dan rakyat turut serta menunjukkan kemarahan dengan penangkapan tersebut. REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI terus dilaungkan.

Sayang hasil laungan dan kehendak REFORMASI dalam Barisan Nasional, khusus nya UMNO oleh Sdr Anwar serta penyokong reformasi maka terbit lah GERAK a "DEFORM REFORMATION" setelah Anwar ditahan. 

Oiiit Komentar ni nak belah sapa ha...REFORMATION KE THE EXISTING UMNO...dibayar kot, nak kekayaan sendiri ke? Nak popularity ke?

Tidak ! Himpunkan seribu dahyah bahawa KOMENTAR dibayar tetap komentar mengatakan TIDAK
Sama dengan laungan Sdr Anwar Ibrahim.(SDR ANWAR berkata ..dihimpunkan seratus pelacur yang mengaku mempunyai hubungan dengan beliau ....beliau tetap mengatakan TIDAK)

Komentar cuma nak penjelasan yang tidak kesampaian dari GERAK.

Gerak bangkit menentang ISA, kepincangan dalam Sistem Perundangan serta kebebasan bersuara tetapi BUKAN REFORMASI DALAM BARISAN NASIONAL ATAU UMNO. Betul kan GERAK?

GERAK perlu bersuara dengan jujur, REFORMASI UMNO dan BARISAN NASIONAL ke yang diharapkan atau KEJAYAAN POLITIK. GERAK BUKAN NAK REFORMASI DALAM UMNO DAN BARISAN. Gerak bukan call Mahathir to resign. So please explain.......GERAK HAS A DIFFERENT INTENTION AND DOESN'T COMPLY TO WHAT ANWAR IBRAHIM CALL FOR WHICH IS "REFORMATION"

I AM ASKING
IS  GERAK  THE DEFORM AMBITION OF ANWAR IBRAHIM IN HIS CALL FOR REFORMATION   sebelum dia ditahan atas ISA?

For I am seeking the truth.. answer me GERAK ....sebelum keliru menghantui nilai murni REFORMASI

JUST KOMENTAR