Make your own free website on Tripod.com
 KEDUA DUA HARI 30 dan 31hb....sila baca Notis dibawah


Tarikh : 31.10.98 (Sabtu)
 Tempat : Sepanjang Penang Road
 Jam    : 1.30 t/hari - 6.30 ptg.

Perhimpunan ini akan diadakan serentak dgn perhimpunan aman di Jalan
TAR,KL.
Sila bawa bersama placard, banner, poster, handbill etc.


Gerakan reformasi akan mengadakan demo secara aman pada 30 Oktober(Jumaat)
di tempat-tempat berikut.
Ini berikutan untuk menunjukkan
sokongan reformasi tidak hanya tertumpu di ibu negara. Sila hadir ke:

Pulau Pinang: Di hadapan masjid Negeri Pulau Pinang menuju ke Hadapan
Rumah YDP Negeri(berhampiran Hospital Pulau Pinang)
-Pendemo dinasihatkan tidak terlalu mengganggu ketenteraman para pesakit.
 

Shah Alam: Di hadapan Masjid Shah Alam dan berjalan menuju Kompleks
MPSA dan akhirnya ke Istana Negeri
Demo akan bermula pada tepat jam 2.15 petang selepas menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid berkenaan serta dijangka tamat apabila masuknya waktu Asar.
 

Pihak penggerak demo akan bersama anda pada waktu tersebut. Seandainya tiada penggerak demo, anda dikehendaki memilih seorang ketua. Ingatlah pesanan DSAI"Jika dia pergi, akan datang
seratus Anwar memperjuangkan reformasi". Adalah diharapkan demo luar KL mendapat sambutan.InsyaALLAH..ALLAH berada bersama pihak yang benar...

Gerakan reformasi