Make your own free website on Tripod.com

JANGAN MENANG DALAM PEPERANGAN

KALAH DALAM PERJUANGAN

 

Salam Reformasi,

 

Artikel kami kali ini ingin mengupaskan sepotong kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP En. Lim Kit Siang. Beliau dilapurkan berkata bahawa parti alternatif dijangka tidak akan dapat membentuk kerajaan. Apa yang diharapkan adalah untuk menghalang parti Barisan Nasional dari mendapatkan kuasa majority 2/3. Apakah wajar kita menetapkan "target" kita hanya untuk menghalang Barisan Nasional dari mendapat 2/3 majoriti. Apakah itu sudah cukup untuk menegakkan keadilan? Apakah itu satu tindakan yang selamat ?

Saudara ,

Kemenangan adalah kemenangan mutlak. Kemenangan tanpa majoriti akan membuka peluang untuk BN terus memegang kuasa dan dari kuasa yang dipegang inilah akan digandakan untuk mencapai majoriti. Tidak perlu kita membahas bagaimana BN akan mendapat kembali majoriti setelah kalah pilihanraya. Ingat bahawa kemenangan mutlak sahaja yang dapat menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku sekarang ini. Kita perlu juga mengkaji tindakan BN sekiranya mereka hilang majoriti ataupun kalah terus dalam pilihanraya akan datang ini. Ini perlu kerana kita tidak mahu menang dalam perperangan tapi kalah dalam perjuangan.

Saudara

Kejayaan masih jauh lagi sungguhpun pilihanraya akan diadakan sekitar bulan Julai. Masih ada masa kerajaan alternatif merangka strategi pilihanraya. Kita tidak perlu angkuh dengan sokongan sekarang ini kerana kami percaya selagi undi kemenangan tidak di kira jangan sesekali kita yakin kita menang dan lebih mengharukan biarpun kita memang pilihanraya jangan sesekali kita leka kerana tidak boleh disangkal kehalusan strategi tipu helah BN. Kita perlu mengambil ikhtibar kekalahan PAS dipilihanraya yang sudah sudah. Kita juga harus mengkaji kekalahan ini . Kemenangan PAS di Kelantan juga perlu dikaji. Antara kajian kemenangan PAS di Kelantan yang perlu dibuat adalah kenapa PAS MENANG DI KELANTAN . Perbezaan taraf hidup, ekonomi, struktur pembangunan, kesedaran agama dan sebagainya seharusnya dijadikan panduan kenapa PAS berjaya di Kelantan. Oleh itu saya memohon kepada Parti Alternatif BERSATULAH DEMI MERUNTUHKAN KERAJAAN PENDOKONG MAHAZALIM yang ada sekarang ini.

UNTUK RENUNGAN

UMNO dilapurkan mempunyai 2 juta ahli. Perlu diingat jumlah yang layak mengundi dan didaftarkan sebagai pengundi adalah 1.5 juta. Sekiranya 20% (satu pengiraan yang kecil) ahli UMNO yang menyokong UMNO bermakna 400,000 orang akan mengundi UMNO dan selebihnya dibahagikan kepada komponen Barisan Nasional dan kerajaan Alternatif. Fikirkan lah