Make your own free website on Tripod.com


EDITOR KOMENTAR BERCERITA  ( BAHAGIAN PERTAMA)

Assalamualaikum Semua?

REFORMASI saya dahulukan cerita demi memberi keyakinan bahawa reformasi tersebut akan hidup terus dan kejayaan slogan pembawaan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Malaysia ini disambut dengan kejayaan Insyallah.

Kenapa saya perlu menyakinkan diri ini? Bukankah perhimpunan beramai ramai 10/10 itu berjaya?
Bukan kah semua disana menyebut REFORMASI.

Semua sahabat reformasi

Beberapa soalan ditujukan kepada saya dalam menceritakan dan bercerita antara sesama kami tentang REFORMASI. Ini adalah diantara nya dan insyallah akan dikemukakan pada rencana cerita akan datang.

Berikut soalan soalan nya,

REFORMASI adalah intipati yang dilaungkan oleh GERAK hasil cabaran Saudara Anwar Ibrahim kepada pemerintah sekarang ini.
SETUJU?
 
MANA LETAK NYA ANWAR IBRAHIM DALAM GERAK? 
 
 

Bangkangan ISA dan SISTEM PERUNDANGAN telah wujud sekian lama, tetapi reformasi tidak dijalankan setakat ini.
ISA telah lama ada dan seadanya ISA sebelum ini tidak ada satu Parti Pembangkang menaja Majlis Majlis seperti GERAK walaupun anti ISA kalangan Parti Politik memang ada.. Laungan berani Sdr Anwar telah berjaya membuka semua Parti Politik dan Ajensi bukan Kerajaan lain bangun dan menetang ISA.

SEKALI LAGI
 
MANA LETAK NYA ANWAR IBRAHIM DALAM GERAK?
 
APAKAH BEZA ANTARA GERAK DAN REFORMASI
 

APAKAH GERAK MERUPAKAN LANGKAH  KEDUA DAN REFORMASI ANWAR IBRAHIM LANGKAH  PERTAMA YANG TUTUP SELEPAS BELIAU DITAHAN
Apakah laungan pelajar dan mereka yang aktif dalam Reformasi Anwar Ibrahim tersebut merupakan satu jalan kearah kejayaan politik atau langkah kearah kejayaan Keadilan dan Kesempurnaan Sistem Pentadbiran Negara Demokrasi

Sekali lagi editor MENJERIT REFORMASI!  bagi menyakinkan diri yang cita cita bagi keadilam sejagat di malaysia seperti yang di laungkan oleh sdr anwar ibrahim hidup selama lama nya
 

Saya tidak diberi kesempatan mengenali GERAK dengan lebih rapat lagi. Tetapi saya percaya Media WEB telah berjaya sedikit sebanyak mencetuskan kesedaran dikalangan rakyat malaysia bahawa REFORMASI perlu dan ianya mesti diadakan secepat dan sepantas mungkin.Saya tidak lihat strategi strategi anjuran GERAK yang bersefahaman dan sealiran dengan cara anjuran Sdr Anwar Ibrahim biarpun hasrat dan kehendak adalah pada keadilan dan kebersihan sistem pentadbiran..

Yang saya lihat tenaga Anwar Ibrahim telah disalurkan kepada Mahasiswa Mahasiswa dan informasi WEB MEDIA berperanan mengenalkan kepada rakyat supaya   SEDAR DAN MENERIMA pergolakkan dan kesatuan yang dibentuk dan ditaja oleh Anwar Ibrahim.

SAUDARA KU GERAK,

Bangkit lah dengan gagah perkasa dan bawalah kami kepada SEMANGAT REFORMASI TAJAAN  SDR KAMI SDR ANWAR IBRAHIM.

TERANGKAN KEPADA KAMI INTIPATI SEBENARNYA PERJUANGAN GERAK SEBELUM ARAH PEMBAHARUAN KAMI DIRASUK OLEH KEKELIRUAN SESUNGGUHNYA KERUGIAN PADA REFORMASI MENUNTUT KEADILAN

REFORMASI! REFORMASI!

REFORMASI!