LAGI EMAIL DITERIMA

KOMENTAR 29/1/2000

Komentar hari ini dikejutkan dengan satu lagi email datangnya dari satu organisasi penting dalam perjuangan menuntut keadilan. Walaubagaimana pun agak biadap sekiranya email tersebut di siarkan tanpa kelulusan pengirim tersebut. Oleh itu Komentar berhasrat akan meminta kelulusan dari pengirim tersebut samaada mereka membenarkan atau pun tidak agar email tersebut siarkan.Komentar berhasrat sekiranya kebenaran diberi maka kita biarkan rakyat dan golongan reformis menimbang samada benar atau pun palsu berita yang Komentar siarkan. Biar rakyat jadi hakim. Komentar dari permulaan Laman ini tidak pernah menyiarkan berita yang tidak mempunyai asas. Komentar tidak sekali-kali teragak untuk mengenepikan keadilan oleh kerana itulah demi bersifat adil maka kita (sekiranya diberi kelulusan) akan menyiarkan email tersebut serta jawapan sekali. Insyallah. Komentar juga sekali-lagi memaklumkan bahawa hasrat Komentar bukan untuk menjatuhkan Parti Keadilan Nasional dan tidak sekali-kali berpatah dari memperjuangkan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim. Komentar yakin sekiranya Sdr Anwar bebas beliau turut akan mengambil ikhtibar bahawa politik fitnah memfitnah,budaya tohmahan,bunuh membunuh demi pangkat dan kedudukan dengan melaksankan amalan keji adalah punca beliau tersungkur dan budaya ini harus ditolak sama sekali. Bukan hasrat Komentar mahu menjatuhkan keADILan tetapi adalah menjadi hasrat Komentar menumbangkan kerajaan yang zalim dan digantikan dengan kerajaan yang lebih adil dan memahami rintihan rakyat. Kerajaan yang hendak ditubuhkan kelak menolak sebarang budaya keji,fitnah,tohmahan dan kezaliman. Kita tidak mahu berdepan dengan pilihanraya nanti sampah sarap dan kekotoran parti ini masih terselindung sehinggakan kerajaan penganti yang ada diduduki oleh orang yang lebih zalim dari yang ada sekarang. Kita tidak mahu tumbangkan UMNO untuk bangkitkan UMNO yang baru.Komentar sedar dari email-email yang diterima ada yang menyatakan sokongan agar pembaharuan segera dilaksanakan dalam kepimpinan parti. Komentar dalam usaha tersebut meminta mereka memberikan justifikasi sekira maklumat yang diberi tersebut sahih atau tidak. Nyata mereka benar dan mereka turut melihat kepincangan yang berlebih-lebihan dalam parti ini. KOMENTAR berjanji akan mengemukakan beberapa bukti kesahihan butir-butir yang dikeluarkan oleh Laman ini. Komentar juga terlibat secar keseluruhan dalam pergerakkan parti dan nyata nampak apa yang dilakukan oleh segelintir mereka yang mempunyai kuasa dalam parti menyimpang dari perjuangan asal. Pendekatan yang digunakan adalah bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian. Biar sakit sekarang asalkan keadilan tercapai kemudian. Komentar menyanjung tinggi sebarang kritikan dan sehingga hari ini pendekatan yang diambil adalah apabila semua justikikasi yang diberi melalui saluran dicampak dan diketepikan tanpa sebarang ikhsan. Banyak butir yang Komentar perolehi adalah tindakan yang kononnya bagi memantapkan parti tetapi adalah bagi memantapkan diri sendiri. Sebenarnya Komentar sebagai reformis akan menerima apa sahaja keputusan dan akur kepada pucuk kepimpinan sekiranya keputusan tersebut bersikap adil dan saksama. Akan tetapi dari senario-senario yang Komentar perolehi keadilan itu sendiri tidak terjaga. Apa yang penting adalah bagi sesetengah mereka kedudukan dan kuasa. Inikah yang kita tuntut. Inikah yang kita mahu, menunbangkan kerajaan zalim untuk menubuhkan kerajaan zalim yang baru. Lapuran banyak diterima mengenai mereka cuba berkompromi demi keadilan tetapi mereka terpancung kononnya untuk memantapkan parti tanpa keadilan. Mana suara keadilan itu. Apakah kita sekarang dikelilingi oleh oppurtunis yang hanya menunggu masa kejayaan keADILan untuk menjalankan agenda tersendiri. Politikus-politikus sebegini bukan yang kita perlukan. Kita perlukan mereka yang sedar bahawa laungan reformasi Sdr Anwar Ibrahim adalah untuk keadilan bagi semua rakyat. Keadilan inilah yang dituntut. Tetapi kalau sikap mereka yang membuat keputusan muktamad tanpa memperdulikan perjuangan dan pengorbanan yang telah mereka buat dan mengambil mereka yang hanya tahu bertangga, membodek dan membuat fitnah maka ini perlu diperbaiki. Ini perlu diambil tindakan segera. Komentar sedar mereka-mereka yang mengahantar maklumat adalah antara mereka yang telah dan bakal dipancung. Apa salah dengan dahulu penjelasan mereka. Apakah dengan keputusan MPT sahaja maka semua kena akur dan tidak langsung boleh dipertimbangkan. Apakah dengan keputusan MPT maka semua yang terlibat seharusnya melutut sedangkan keputusan itu TIDAK LANGSUNG melambangkan keadilan. Komentar kecewa dengan MPT yang rakus dalam membuat keputusan tanpa menilai sebenar-benarnya yang mana kaca dan yang mana intan. Komentar kecewa kalau segelintir MPT mula bertindak sebagai diktaktor dan hanya keputusan mereka sahaja yang terbaik sedangkan jelas nampak keputusan mereka beragendakan sesuatu. Insyallah sekira berkesempatan Komentar akan mendapatkan kelulusan pengirim tersebut samada beliau membenarkan atau tidak email dan jawapan email tersebut disiarkan dalam laman ini. Apa salahnya kita bagi kepada rakyat untuk menjadi hakim pula. Selalunya Agustine Paul dan Arriffin Jaka sahaja yang menjadi hakim bagi sistem perundangan kita yang senget dan disebelah keADILan pula cakap Chandra, Zainur Zakaria,Annuar Tahir dan Marina Yussoff yang dikatakan muktamad. Kalau begitu apa bezanya kita dan mereka. Insyallah dalam sedikit masa lagi Komentar akan menunjukkan sedikit bukti yang menunjukkan hakim-hakim dalam keADILan tidak ubah sama dengan Agustine Paul dan Arrifin Jaka

KEADILAN BUKAN KEADILAN MENGIKUT TAFSIRAN KEPENTINGAN DIRI

Salam Reformasi

KOMENTAR