SALAM REFORMASI

 

Artikel ini kami terima dan diminta untuk disiarkan. Pada asalnya kami akan keberatan tetapi kami bersetuju untuk mengemukakannya kerana ini dapat memberi kesan penting dalam usaha kita mencapai kejayaan.

Email ini berbentuk persoalan yang dikemukakan oleh Mahathir dalam ceramah umumnya di Kedah.

Kami meminta jasa baik pakar pakar politik dari PAS untuk cuba menjawab dan insyallah akan kami siarkan.

 

 

Kepada Komentar,

Apa tidak betulkah kata Mahathir bahawa Pas tidak lain dari satu parti politik yang menggunakan nama Islam untuk mendapat undi? Bukankah perjuangan Islam boleh dibuat tanpa menceburkan diri dalam kekotoran politik ?

Mahathir turut berkata Pas mengatakan bahawa beliau kafir dan saya juga pernah terbaca isu kafir mengkafir yang dibuat oleh Pas keatas Umno, apakah ini wajar?

Bukankah benar bahawa kehadiran Pas memecah belahkan perpaduan melayu dan bukankah benar Pas terbit dari titisan UMNO , dan pemecahan adalah kerana tidak kepuasan hati dalam cita cita pemimpin Pas dan bukan Agama?

Apakah tidak ada asas kenyataan Dr Mahathir bahawa Pas mengambil isu Anwar Ibrahim untuk mengaut sokongan tetapi Pas sedikit pun tidak berhajat untuk berkongsi kuasa dengan sesiapa sedangkan kita terdiri dari pelbagai lapisan dan keturunan masyarakat.

Apakah hakikat Pas untuk menubuhkan negara islam untuk memperkecilkan kebudayaan lain. Pas tidak pernah mengaku akan berkongsi kuasa dengan DAP?

Ceramah Pas juga sama dengan ceramah Mahathir di Kedah. Pas dalam ceramah nya mengutuk, memalukan, memburukkan Umno. Kan ini sama sahaja ? Nampak macam politik tidak kenal batas agama?

Saya tidak setuju dengan tindakan Mahathir keatas Anwar Ibrahim. Saya percaya itu konspirasi. Tetapi saya juga terbabit dalam Umno dan saya juga pendokong agama Islam, tetapi usaha sekarang ini lebih tertumpu kepada cita cita politik Pas dan bukan Anwar Ibrahim dan negara keseluruhan.

Saya lihat bila krisis selain dari politik pandangan Pas tidak konkrit. Contoh masalkah wabak JE. Sekarang saya lihat Pas dan parti pembangkang lain kecuali DAP tampil , mana pergi Pas dan lain lain. Walaupun ini pasal babi tetapi ini juga pasal negara. Kenapa Pas diam.

Cuba jawab Komentar, kekadang nampak laman ini lebih terbuka walau saya tahu penganjur laman ini penyokong kuat Anwar Ibrahim dan bukan PAS.

KOMENTAR

Memang Komentar bukan ahli Pas tetapi dalam usaha kita untuk membebaskan Anwar Ibrahim hanya PAS dan parti alternatif lain yang ada. UMNO bukan terdiri dari satu organisasi sekarang ini. Umno terdiri dari Majlis Tertinggi Umno dan ahli UMNO hanya terpaksa melihat kekejaman yang dilakukan oleh ketua mereka. Sekiranya dibangkang maka kena buang dari parti dan besar kemungkinan ISA.

Pas memang memegang Islam sebagai landasan perjuangan. Sebenarnya walau apa pun perlakukan PAS demi untuk menegakkan Islam di Malaysia seperti Undang Undang Islam ianya terhalang oleh kerana kuasa ditangan mereka. Saya percaya seperti mana Anwar Ibrahim percaya selagi konspirasi itu wujud dan bermaharajalela maka selagi itulah keadilan tidak akan ada. Dan menghapuskan mereka adalah penting, dan cara menghapuskan mereka adalah melalui pilihanraya dan memegang kuasa. Bagi PAS dan juga keyakinan saya memegang pucuk kepimpinan yakni menjadi kerajaan sahajalah yang bakal mementukan landasan keadilan dan cita cita bersama tercapai.

SDR,

UMNO DAN PEMIMPIN KONSPIRASI TELAH GAGAL MENEGAKKAN KEADILAN SEJAGAT DIBUMI MALAYSIA. WALAU PUN SEKIRANYA PAS BERKUASA MEREKA BELUM TENTU BOLEH MENTADBIR DENGAN BAIK TETAPI SEKURANG KURANGNYA PAS BELUM GAGAL DAN BELUM DIBERI PELUANG MEMERINTAH MALAYSIA. Seperti yang selalu kami nyatakan, apa salah kalau kita bagi peluang pada Pas dan parti pembangkang lain

YANG PASTI UMNO TELAH GAGAL DAN PAS DAN PARTI PEMBANGKANG LAIN BELUM