Make your own free website on Tripod.com

EKORAN KENYATAAN SDR EZAM MOHD NOR PERIHAL KES RAHIM NOOR

Komentar 18/3/2000

 

Komentar menyokong Ketua Pemuda Keadilan Nasional Sdr Ezam Mohd Nor serta anggota pemuda keADILan yang membuat MEMBANTAH hukuman keatas Tan Sri Rahim Noor oleh mahkamah setelah beliau mengaku salah memukul tanpa sebab tetapi dengan niat, Sdr Anwar Ibrahim. Komentar akan terus menyokong sebarang tindakan lanjutan dari Sdr Ezam Mohd Nor bagi memastikan Tan Sri Rahim Noor menerima hukuman setimpal. Komentar percaya kita sebagai pendokong reformasi harus memulakan langkah-langkah bagi memastikan rakyat dimaklumkan dengan jelas betapa politik Mahathir dan UMNO menguasai keputusan mahkamah. Sdr Ezam Mohd Noor dengan berani melaungkan bangkangan dan kita angkatan reformasi akan bersedia bersama-sama beliau untuk tampil membuat bantahan secara formal. Komentar yakin pendokong reformasi akan bangkit bersama-sama Ezam dan pemuda keadilan untuk bangkit menentang apa yang jelas dinamakan KETIDAKADILAN. Mari kita bersama-sama Ketua Pemuda Keadilan untuk bangkit memprotes tentang hukuman yang terlampau ringan. Mari kita bersama-sama Ketua Pemuda Keadilan untuk membantah sistem kehakiman Malaysia yang sekarang ini tercemar akibat permainan Dr Mahathir. Bukankah keputusan mahkamah keatas Rahim Noor JELAS MENUNJUKKAN PERIKATAN SISTEM KEHAKIMAN KITA DENGAN DR MAHAZALIM.

 

KOMENTAR