From: <zuzdean@yahoo.com> Thank You SENDER


 

Transkrip Ucapan Penting Mahathir kepada Sekretariat Freemason di
dalam UMNO

(Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli
Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi
iaitu Daim Zainudin, Sabarudin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali,
Mohamad Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik
dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari
Khamis, 5 November. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat
UMNO)
 
 

MAHATHIR: "Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam
ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan
langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya. Pertama
tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada
maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan
semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar. Banyak kali saya
dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka
berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya
menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini. Dalam hal ini
saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini
daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO
sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat
mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.
Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka
keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian
mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk
pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara
lain.

Mereka kebanyakan bukan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO. Jadi
itulah sebabnya mereka lepaskan perasaan marah mereka dengan
menganggotai PAS. Saya fikir hal ini mudah kita atasi. Kita sejukkan
hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat
lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO. Sebelum ni
kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu saya
meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil
tanggungjawab ini. Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes
mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudian
kita tabuk janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti
bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni.
Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan
disiplin parti sebab lawan Presiden. Sebab itu saya tak setuju dengan
keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib
dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli
UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO
parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. Nanti mereka sabotaj UMNO.

Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve
terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan.
Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan.
Susahlah kita nak hadapi pilihanraya. Isu kedua tentang bagaimana kita
nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. Saya
fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen
hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada
banyak yang kita tambah pun. Nampaknya dari laporan yang saya terima
strategi tu tak begitu berkesan. Mungkin kerana bila kita hentam orang
jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti
ingat. Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak
nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada
masa tu lebih banyak ikut emosi. Geram tenguk kepala batu tu. Jenis
tak takut bila kita gertak. Saya nak supaya round kedua ni kita lebih
diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.
Dia buat Bank Islam, Universiti Islam, Insuran Islam dan banyak projek
Islam lain. Itu kita kena akuilah. Tapi Anwar ni guna Islam untuk
dapat pengaruh politik. Yang sebenarnya dalam diri dia masih banyak
yang tak betul. Maksiat, zina, liwat ni jadi perkara biasa yang selama
ini berjaya disembunyikan. Tapi jangan ceritalah macam mana dia
sodomise Munawar, Sukma dan lain-lain tu. Orang susah nak caya. Sebab
nanti orang tanya balik, kita tenguk ke? Guna diplomasi sikit.

Tun Ghaffar dan Rahim kena buat strategi lain. Yang kita bincang dulu
nampak gaya tak boleh pakai la ni. Perkara ketiga soal maklumat. Saya
dah terima laporan Jawatankuasa Politik MTEN tentang pengaruh Internet
menyibarkan berita anti-kerajaan. Ramai sungguh yang dah kemaruk
Internet la ni. Dua minggu lalu, net surfers yang melawat Home page
penyokong Anwar nak sampai 10 juta. Saya terkejut dengar laporan tu.
Tapi melihat kepada media massa kita, saya fikir para penyokong Anwar
akan terus melawat home page itu. Sebab tu saya dah arahkan semua
ketua pengarang akhbar supaya beri ruang sikit kepada berita sebenak
tentang Anwar. Sebelum ni kita arahkan supaya twist the story. Kalau
laporan mahkamah tu biak pi lah bubuh berita yang agak pro Anwar. I
don't mind sebab orang Melayu tak minat baca prosiding mahkamah yang
teknikal. Yang sensasi saja yang depa suka. Kalau tidak nanti orang
tak baca surat khabar untuk tau cerita mahkamah. Depa baca Internet
pula. Lagi sakit kita bila Internet lebih mereka percaya.
Pengrang-pengarah akhbar juga komplain tentang circulation yang makin
menurun. Saya kata, sabarlah kita tengah berjuang. Kalau apa-apa yang
buruk berlaku seperti kerugian besar sebab tak boleh cover cost,
jangan sampai buang pekerja. Nanti rakyat lebih marah kepada kerajaan.
Tak apalah nanti kita cari jalan macam mana nak bantu surat khabar.
Untuk makluman tuan-tuan, jualan Utusan merosot ada ketikanya sampai
40%. Jualan Berita Harian dan NST merosot 25%. Ini tak pernah berlaku
sebelum ni. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, teruk lagilah kewangan
syarikat ini. Star agak naik sikit sebab dia lebih berani.Sebab tu ZAM
dan Kadir komplain bagaimana kita tak ambil tindakan terhadap Star
yang guna advantage nampak kadang-kadang tak begitu pro-kerajaan. Saya
harap dalam soal ni, Tun Daim dan Tuk Mat main peranan lebih sikit.
Bantu suratkhabar yang ada masalah kewangan. Kata pada semua editors,
kurang circulation tak apalah. Nanti kita tanggung sikit. Tapi masej
mesti terus macam yang diarahkan dulu.

Keempat, dan barangkali perkara terakhir sebelum tuan-tuan
mengemukakan apa-apa pandangan, ialah tentang prosiding di mahkamah.
Siang tadi, court telah buat keputusan supaya surat Said Awang kepada
saya dikemukakan ke mahkamah. Saya dah bincang dengan IGP dan AG
supaya surat itu direlease. Kalau tidak nanti orang kata kerajaan
macam-macam. Susah kita nak jawab. Surat itu penting sebab cerita
tentang konspirasi nak jatuhkan Anwar. Tak apa nanti saya cover. Tun
Daim tak perlu takutlah. Your name will not be tarnished. I know what
to do. Dalam surat khabar Internet, AFP dah buat report tentang surat
tu. I am sure others will follow. Sekarang ni pun kita kena lebih
bijak bila menjawab laporan akhbar terutama sekali kalau ditemu-ramah
oleh media asing. Mereka tu tak terikat denganmana-mana dasar kita.
Soalan dia pun banyak yang critical tak macam local journalists
(ketawa) too straight forward and coward. Kena faham baik-baik apa
yang mereka nak kita buat kesalahan. Media asing memang akan hentam
UMNO, mereka nak lanyak kerajaan. Itu agenda mereka. Jadi kita kena
faham betul-betul. Jangan kita masuk perangkap mereka. Nanti kalu
susah kita. Sebab dunia tengah perhati kita. Apa yang terjadi dalam
court dalam kes Anwar ni penting untuk masa depan pelaburan asing di
sini.

Saya juga agak terkejut bila Alvin Toffler hentam saya dalam Los
Angeles Times. Saya dapat laporan tulisan dia tu jugak disiar di
banyak negara Arab. Duta kita ke Saudi beri laporan tulisan itu terbit
dalam Saudi Gazette pada 3 November. Ini susah sikit sebab Toffler ni
penasihat MSC. Kalau penasihat dah kata jangan melabur di Malaysia,
apa nak jadi. Saya ingat saya nak protes, nak tulis dalam akhbar yang
sama jawab Toffler. Tapi Tun Daim kata jangan sebab nanti orang lebih
concern tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Kalau ada yang
mereka tak setuju, tentang prosiding mahkamah, polis atau ISA, nanti
mereka pull out. Susah kita nanti. Sebab itu saya nak beberapa orang
menteri kanan pergi sendiri ke Amerika, Britain, Jepun, Australia,
Perancis untuk jelaskan isu Anwar. Kata pada mereka, kita mesti tunggu
posiding mahkamah selesai sebelum buat keputusan. Kalu mereka masih
tidak mahu melabur di Malaysia, kita kena berijaminan yang lebih
kebebasan maklumat dalam Internet sebagaimana yang termaktub dalam
cyberlaws jika mereka anggotai MSC. Sebab itu dalam kes Anwar ni kita
tak boleh monitor Internet. Sebenarnya kita monitor juga untuk tahu
apa yang tersebar. Kita dah luluskan peruntukan RM20 juta untuk cover
tentang isu Anwar menerusi Internet. Tapi kita tak boleh switch off
terus. Kalau kita buat macam tu, mampuh MSC. Saya nak jelaskan di sini
bahawa kita komited dengan MSC. Kita dah belanja berbilion untuk MSC.
Jabatan Perdana Menteri pun dah kita rancang beroperasi dalam kawasan
MSC. Kalau tak silap saya, perancangan hingga tahun 2005 melibatkan
RM35 bilion untuk pembangunan MSC. Banyak dah kita belanja. Sebab itu
MSC kena berjaya dan saya tak mahu isu Anwar ini, well I have to admit
that I have done some fundamental mistakes, menyebabkan MSC
tergendala. I hope the message is clear. Saya bukalah majlis ini
kepada tuan-tuan kalu ada yang nak dibincangkan."