PENYATUAN PRM DAN keADILan

Komentar 23/3/2000

 

Surat Kabar THE STAR 23/3/2000 hari ini mempersoalkan kedudukan penyatuan antara PRM dengan keADILan. Menurut Dr Syed Husin diperingkat kepimpinan tertinggi telah memutuskan satu pergabungan dilaksanakan. Walaubagaimana pun menurut Syed Husin ini kemudian terpulang kepada keahlian parti masing-masing baik diperingkat AJK mahupun Majlis Kepimpinan Tertinggi parti untuk mengundi dalam mendapatkan persetujuan. Komentar telah dimaklumkan bahawa penyatuan ini telah disarankan oleh Sdr Anwar Ibrahim dan beberapa percubaan untuk bagi membahaskan pengabungan ini telah gagal. Kegagalan ini adalah kerana Timbalan Presiden keADILan, Chandra Muzaffar dan Setiausaha Agung keADILan Sdr Anuar Tahir menolak cadangan pengabungan tersebut. Komentar percaya usaha untuk membawa keputusan pengabungan ini diundi diperingkat Majlis Tertinggi akan menyebabkan penyatuan ini gagal. Bagi Komentar satu sahaja usaha yang boleh membawa kejayaan kepada penyatuan ini adalah sekiranya di PASTIKAN kepada Chandra dan Anuar Tahir bahawa mereka tetap berkuasa. Mereka menolak penyatuan tersebut kerana takut kehilangan kuasa dan pangkat dalam parti. Mereka mahu mencaturkan parti keadilan dan kemasukkan tokoh veteran akan menyukarkan permainan mereka. PERCAYALAH PENYATUAN INI TIDAK AKAN SEMPURNA selagi kedua-dua mereka masih mencaturkan politik dalaman.

 

Satu lagi saran Anwar Ibrahim di tolak.

 

Komentar