Make your own free website on Tripod.com

MESYUARAT SUBANG JAYA BERGELODAK

KOMENTAR 21/3/2000

 

Komentar hari ini menerima satu email dari Reformis beralamat  reformismalaysia@hotmail.com yang membicarakan tentang kehangatan mesyuarat penubuhan Bahagian Subang Jaya. Mesyuarat yang begitu hebat penuh dengan percakaran dalam pemilihan Ketua Bahagian menyaksikan keADILan bukan sahaja di cabuli dengan budaya politik buruk UMNO tetapi sekali~lagi menunjukkan kelemahan kepimpinan parti dalam mengertikan demokrasi sebagai keadilan dan bukan system dalam melaksanakan keadilan. Email tersebut menunjukkan permainan beberapa watak utama dalam proses mencuba untuk meraut jawatan Ketua Bahagian dan membawa masuk geng~geng mereka untuk memastikan kejayaan.

 

Saari Bahari memulakan langkah dengan cuba mencabar Dato Kamarul Baharin. Lapuran itu terus menerangkan beberapa percubaan untuk mengagalkan mesyuarat dengan kononnya memohon penangguhan dan membenarkan Majlis Kepimpinan Tertinggi membuat keputusan kesahihan mesyuarat tersebut. Alahai~Saari Bahari, bukan Komentar tidak tahu,kalau permohonan tersebut dibenarkan maka Anuar Tahir pasti macam cacing kepanasan turut mahu masuk campur dan mencaturkan kemenangan kamu. Sudahlah campurtangan Anuar Tahir selalu menimbulkan perpecahan dalam  parti.

 

Email tersebut turut menceritakan beberapa insiden permainan Syarifah Mariam (orang yang bertanggung jawab memporak perandakan keADILan Sarawak dengan turut menghantar kuncunya ke mesyuarat tersebut. Macam ~ macam keADILan kita ini. Bagi yang ingin membaca email sdr reformismalaysia@hotmail.com sila klik sini SUBANG JAYA KECOH.

 

Komentar